Sudah nak menginjak setahun aku menggunakan servis web hosting daripada syarikat ServerFreak ini. Tatkala sedang menyusun duit syilling untuk membuat bayaran tahunan, dapat notifikasi via email menyatakan bandwith aku bakal fully utalize dalam masa 3 hari sahaja lagi. Pakej yang aku gunakan adalah Semi-Pro (RM299 setahun). Monthly bandwith adalah 100GB sahaja. Jadi, aku terpaksa upgrade kepada Pakej Professional RM499 / year yang berikan aku unmetered monthly data transfer / bandwith.
Aku menggunakan 2 akaun web hosting berbeza dari ServerFreak ini. Tiap satu untuk 2 domain yang berbeza. Boleh je nak gabungkan keempat domain dalam satu akaun. Tapi, aku nak kurangkan risioko web down. At least kalau satu down, satu lagi masih onz. Jadi, iklan yang terpapar tidak dikacau dan akhirnya, income yang dijana tidak terganggu.
Baca: Pantun Raya Mengikut Loghat / Bahasa Negeri
Alhamdulillah, setakat ini aku puas hati dengan servis yang diberikan. Servis syarikat web hosting sebelum ini pun okay. Tapi, servis yang disediakan dan ditawarkan oleh ServerFreak ini ada lebih value added. Contohnya, ServerFreak ada servis Chat pada client area. Apa-apa hal dan pertanyaan aku boleh ajukan disini dan aku boleh dapat jawapan lebih pantas berbanding cara lama – create ticket melaluii sistem pertanyaan / hantar email.
Lagi satu, segala bagai tetapan ada disertakan dalam akauan dalam talian – untuk upgrade atau downgrade. Segalanya disitu tanpa perlu hantar email/ticket pertanyaan. Godek sana sini everything was there. Which is good for people like me. Klik klik, bayar dan sistem secara pantas terus upgrade akaun aku. Macam baru sahaja tadi, aku bayar untuk upgrade akaun. Tak perlu tunggu lama, akaun terus upgrade. Settle, tak payah banyak tanya atau email butiran. everything connecting.
Baca: Malaysia Best – The Ordinary Serum Skincare
Disini pun ada butiran lengkap cpanel. Tak payah nak login asing untuk tahu details pasal perkara teknikal dan metrics. Semuanya ada dalam client area. Sebelum ini semasa menggunakan syarikat lama, jenuh aku login asing. Sokmo lupa password. Renyah banyak.
Doakan 4 domain aku meriah dengan visitor. Then, bolehlah aku tambah satu lagi akaun untuk 2 domain baharu hahahaha. Insyaallah. Jadi, jika ditanya web hosting mana yang terbaik di Malaysia setakat ini? Aku akan jawab ServerFreak.