Restoran Temerloh Catering Bangi

Kali kedua makan di Restoran Temerloh Catering, Bandar Baharu Bangi. Kalau sudah namanya datang makan untuk kali kedua, itu bermakna memang sedap dan berbaloi.

Boleh rujuk gambar untuk menu-menu yang aku makan. Menu yang diambil adalah untuk dua orang. Jumlah keseluruhan ialah RM30 macam itu. Kira OK sangat lah kan. Tidak perlu bersusah payah drive ke Temerloh Pahang semata-mata hendak makan ikan patin masak tempoyak atau ikan kerai.

Sedap pada rasa dan harga yang mampu milik. Panas-panas belaka kesemua lauk pauk yang aku ambil – ikan patin dan ayam kampung goreng. Tersangat menyelerakan.

image

image

image

image

image

Waktu operasi Restoran Temerloh Catering Bangi ini ialah dibuka pada hari Sabtu – Khamis (10.30 pagi – 8.00 malam). Tutup pada hari jumaat.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 010-206 9590 / www.patiniers.com.my. Alamat : 4, Jalan 8/35, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi (Berhampiran dengan McD / Tasik Cempaka).

Layanan mesra dan cepat. Kipidap.

Sudah boleh masukkan Restoran Temerloh Catering ini dalam senarai makan sedap Bangi.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI