Pindah Hosting dan Domain Blog WordPress Yang Lain

Alhamdulillah, segalanya semacam tidak percaya. Aku berjaya membuat migrate blog WordPress aku daripada domain dan hosting di syarikat DataKL kepada domain dan hosting di Server Freak. Tak tahu kenapa, tapi aku agak lebih berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan di Server Freak. Setakat inilah.

Kenapa mahu tukar domain? Sebab nama domain aku telah dapat notice PURE SPAM di Google Console. Pada awalnya aku tidak sedar. Tapi, lama kelamaan, dan selepas godek sana sini rupanya baru aku tau apa punca domain mykeledek.com aku tidak boleh di index oleh Google.

Masalah betul. Aku dok cari mana-mana solusi melalui carian di internet. Tak faham sangat apa yang dibincangkan. Konklusinya, aku perlu tukar domain dan hosting terus. Sebab sokmo dapat error msg tatkala update plugin. Punca tidak pasti. Ingatkan masalah domain. Tapi kalau guna domain yang lain pun, error msg yang sama juga muncul. Agaknya, memang masalah di server. Tukar atau pindah adalah jalan penyelesaian mudah bagi orang yang tidak cukup IT Knowledge seperti aku.

Aku migrate guna Plugin Migrate Guru. Ada banyak jenis plugin yang lain. Tapi, ada yang berbayar, percuma dan terma tersembunyi. Setelah diselidiki, inilah Plugin paling OK dan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Aku berjaya menukar dan pindahkan segala jenis data dari domain dan server lama kepada domain dan server yang lain. Teruja yang sangat sebab pada zaman sekarang, segalanya semudah ABC je. Guna plugin je pun haha.

Berat data aku setakat ini ialah 5GB lebih selepas aku delete beberapa post yang beratnya hampir 2GB. Pengsan. Aku kumpul sekitar 10 tahun macam itu. Inilah diari atas talian aku selama ini. Memang sayang kalau hilang atau diabaikan sebegitu sahaja. Cumanya, setakat ini nama domian mykeledek.com itu tidak boleh diselamatkan. Lain-lain, alhamdulillah setakat yang aku tahu, berjaya diselamatkan. Syukur

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI