Akhirnya sampai juga di Phi Phi Island 🙂 Ikut perancangan, kami makan tengahari disini – berpakej 🙂 Berserah je lah kan….HALAL. Tengok sekeliling, tempat ini macam dihuni muslim. Apapun, kami makan sayur sayuran dan seafood sahaja.
Air dikawasan Pulau Phi Phi ni sangat jerneh dan kita boleh nampak ikan ikan berenang renang. Airnya nampak cetek tapi aku yakin mesti dalam tempat tu. Mana taknya, besar kot kapal yang aku naik.
Sedikit pelik dengan apabila aku perhatikan dikawasan sekitar Phi Phi Island tu agak banyak orang yang boleh aku katakan beragama islam (cara pemakaiannya). Jadi, aku berfikir, terangatlah besar godaan mereka setiap hari dengan kehadiran 1001 macam perangai manusia yang boleh dikategorikan sosial ini. Arak dijual macam jual air meneral. Agak susah untuk membezakan halal haramnya. Syukur aku duduk di bumi yang islamnya lebih terjaga. Syukur
Cantik..memang cantik. Kalau Langkawi itu cantik…..Phi Phi Island LAGI cantik!! serious