Pada majlis perkahwinan adik yang lalu, ada banyak lebihan ayam yang masih belum terusik. Yelah kan, hendak buat macam mana. Ayam yang dipesan lambat sampai. Sudahnya, masak setakat yang termampu je lah. Alasannya sebab kereta rosak. Bayangkan, majlis akad nikah lepas asar. Ayam pula sampai sekitar tengahari ( Zuhor ). Memang pengsan dibuatnya.
Daripada situlah timbulnya idea dan cadangan daripada makcik pakcik untuk membeli peti sejuk beku. Harganya pun katanya sekitar bawah RM1,000.
Katanya Peti Sejuk Beku yang dibeli harganya RM850.00 termasuk GST. Aku ia kan sahaja. Ada baki RM150 lagi itu. Ingatkan ada baki banyak lagi. Gamaknya kene tambah duit lagi untuk persediaan hari raya pula. Lebih kurang 90 hari sahaja lagi. Kene sediakan bajet untuk baju raya / kuih raya / amalan ngunjung di bulan puasa.
Mereka beli Peti Sejuk Beku jenama Wineen Chest Freezer Model WCFC228. Tidak pernah dengar pula jenama ini. Very the made in China. Aku cuba google jenama ini pun tetap tidak jumpa dalam carian. Risau juga dibuatnya. Silap aku pula sebab tidak tanya jenama.