Permohonan Sedang Dalam Proses

Alhamdulillah, permohonan Sarjana Komunikasi Korporat UPM sudah bertukar status kepada ‘in process’. Berdebar hati ini. Entahkan lulus entahkan tidak.

Pagi tadi aku buat panggilan telefon ke Fakulti yang incharge program sarjana yang aku mohon ini. Katanya mesyuarat kelulusan dijadualkan berlangsung dalam tempoh 2 minggu lagi. Tengok gaya bahasa, kalau aku mohon lebih awal lagi, besar kemungkinan sudah boleh tahu keputusan lulus atau tidak. Entah…

Aku pun bertanya, boleh ke aku mohon program lain pada waktu yang sama. Boleh katanya. Kalau lulus kedua-duanya, akhirnya aku boleh pilih memana program yang digemari.

Hajat dihati sebagai backup, aku pun nak mohon Master of Human Resources Development dibawah Fakulti Pendidikan. Ini adalah pilihan kedua aku. Kalau otak gila lagi, mahu je mohon Sarjana Ekonomi hahahaha. Tapi kosnya mahal. Hampir RM20K untuk tamat keseluruhan. Kau kaya ke masalahnya? haha

Tengah curi-curi masa buat permohonan lain di UKM dan UUM juga. Saja isi masa senggang non ado. Backup plan.

Tapi, seriously aku memang tengah sibuk urus kerja hakiki. Agak stres sebenarnya buat design dan content creator nie. Benda tak ada kau kena adakan. Mana tak pening. Harap dalam masa 10 hari ini aku akan siap. Wajib selesai sebelum bulan November menjelang.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *