Permohonan Sarjana Komunikasi Korporat di UPM telah Lulus

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Akhirnya permohonan untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Komunikasi Korporat di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diluluskan oleh pihak Universiti. Sujud syukur banyak-banyak kepada tuhan yang maha esa.

Memang betul kata staff Fakulti Pengajian Bahasa UPM tempoh hari. Katanya mesyuarat permohonan peringkat Sarjana akan diadakan dalan tempoh 2 minggu lagi. Yeah, minggu ini genap 2 minggu dan aku pun dapat hasilnya. Permohonan DILULUSKAN.

Aku sendiri tidak menjangkakan secepat ini keputusan yang akan diterima. Apapun syukur sebab penantian diakhiri dengan berita gembira. Next move adalah kumpul duit dan berjimat untuk membiayai pengajian aku ini nanti.

Apapun, tak sangka secepat 11 Feb aku akan masuk kuliah. Ingatkan bulan Mac baru start. Rupanya lebih awal daripada apa yang dijangka.

Aku tak pasti apa reaksi rakan-rakan sekuliah yang sama-sama ambil Diploma Sains Kuantitatif dan Ijazah Sarjana Muda Matematik di FTMSK UiTM dahulu. Totally aku keluar dari bidang yang aku belajar dahulu. Dunia nombor kepada dunia komunikasi/perhubungan awam. Mohon sangat-sangat agar segalanya berjalan dengan lancar. Insyaallah.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *