Alhamdulillah, semakin lama hidup semakin stabil dan penuh dengan ilmu serta pengalaman. Sedikit demi sedikit, aku belajar akan ilmu penjagaan kereta. Sekurang-kurangnya tahu akan asas penjagaan dan servis. Itu sudah memadai. Minggu lepas, aku uruskan servis coolant oil, Minyak Power Steering dan Minyak Auto. Kemudian, secara tidak sengaja ter-tinted kereta. Minggu ini pula, aku gagahkan diri mencari masa untuk hantar servis aircond kereta pula.
Buat carian di internet, ada satu kedai yang kelihatan agak popular di Google. Punya laman web yang proper. ACS Car Service – Pakar Aircond Kereta. Laman web yang penuh informasi mengenai aircond kereta. Mudah faham dan sangat berguna untuk orang yang ‘meraba-raba’ mengenai penjagaan kereta macam aku haha.
Minggu lepas kedai ini cuti sempena hari wilayah. Secara kebetulan, hari ini aku rasa macam lapang je. Itu yang terus gigih datang sini. Lokasinya pula betul-betul berhadapan dengan Pusat Servis Perodua Jalan Reko, Kajang. Senanglah hidup. Tak susah nak cari lokasi premis.
Murah ke servis aircond kereta di ACS Car Service ini? Hasil kerja ok ke?
Pertama kali datang, terkejut juga. Ingatkan aku awal, rupanya ada lagi yang lebih awal. Berderet kereta sedang di servis. Sempat juga aku bertanya, katanya peek days mereka adalah hari Jumaat, Sabtu dan Isnin. 3 hari ini diorang memang busy dan pelanggan memang ramai. Hari-hari lain, agak kurang pelanggan katanya. Bermakna, kedai ini popular lah kot.
Baca: Tinted Kereta Murah Di Tinted Magic Kajang
Ohhh!!! Agaknya, situasi yang sama untuk kebanyakan bengkel kereta.
Staff sangat mesra dan berikan penerangan berkaitan. Aku angguk-angguk je. Tak faham mana dengan penerangannya. Tengok gaya macam jujur je. Jadi, aku berikan sepenuh kepercayaan untuk memberi khidmat nasihat. OK kan je apa mereka mahu buat.
Aircond kereta aku memang bermasalah. Sejuk jika jalan. Tapi panas bila berhenti / dalam kesesakan lalu lintas. Setelah dibuat pemeriksaan, aku perlu tukar condenser dan expansion valve. Asalnya hanya Drier (agaknya) dan expansion valve je. Tapi, setelah di buat pemeriksaan, condenser aku bengkok dan memang tak boleh nak diselamatkan. Asalnya aku buat dek je. Tapi selepas ditunjukkan akan keadaan condenser yang bengkok, aku senyum je lah hahahaha. Aku rasa, ini mungkin berpunca daripada kemalangan yang aku alami beberapa tahun lalu. Hahaha, baru hari ini detect kesannya.
Bagi kereta Perodua Viva, harga untuk condenser adalah RM400 untuk original dan RM300 untuk tidak original. Manakala untuk expansion valve adalah RM120. Tersebut pula beli Original punya. So, proceed je lah. Nasib baik memang ada allocation untuk servis kereta. Pengsan!
Manakala kos untuk servis kereta adalah RM180 – vacum, minyak, gas etc. Nasib baik radiator ok lagi dan tiada kebocoran gas berlaku. Risau sebab selama ini aku tidak pernah servis aircond kereta. Yelah, kesedaran mengenai penjagaan kereta ini pun baru je aku tahu haha.
Ermm, tapi aku rasa tidak lah terlewat mana. Sebab meter kereta baru sekitar 150 ribu KM. Baru lepas 50 ribu KM selepas tamat waranti. Aku pula memang jarang guna kereta dan pasang aircond. Agak jimat sedikit disitu.
Tempoh masa yang dijanjikan untuk siap adalah sekitar 2 jam. Hahahaha, ya, memang betul. Sekitar 2 jam macam itu proses selesai. Mungkin akan jadi lebih cepat jika yang buat bukan amatur / baru. Hahaha agaknya tidak selesa sebab aku tengok kot. Walhal aku saja tengok sebab terasa jakon. Jarang nampak benda-benda makanikal seumpama enjin kereta. Moga lebih cekap dan mahir selepas ini.
Selepas ini, aku akan buat major servis untuk kereta aku setahun sekali setiap bulan Januari. Itu tidak termasuk servis enjin. Seterusnya adalah kumpul duit untuk tukar tayar belah depan, wiper, radio yang dah rosak pula.
Untuk kereta Vios pula, nak kena uruskan masalah alternator dan mahu tinted. Wishes by this month masalah alternator selesai.