Pengalaman Konsert Diraja

Di sini saya kongsikan momen-momen indah yang saya rakam sendiri dengan menggunakan kamera Samsung Galaxy Note 5. Indah sungguh pengalaman ini sebab boleh ‘menangkap’ sendiri gambar Sultan dan terlibat secara langsung dalam team yang menganjurkan Pameran dan Konsert Diraja Raja dan Rakyat Berpisah Tiada ini. Alhamdulillah syukur semuanya berjalan dengan lancar.

Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada Bersyukur patik – patik ke hadrat llahi kerana dengan izin dan inayah-Nya terungkaplah tawarikh atas sebuah catatan Konsert dan Pameran: Raja dan Rakyat Berpisah Tiada buat Kebawah Duli Tuanku yang amat dikasihi.

Ia adalah lakaran sejarah, kerana buat pertama kalinya, sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Tuanku dilangsungkan di Kuala Lumpur, di Istana Budaya yang sebegini ‘gah’, gilang gemilang.

Menariknya, sebahagian perolehan jualan tiket dan penajaan daripada Konsert Diraja ini akan disumbangkan untuk membiayai bantuan pendidikan untuk anak-anak yatim dan anak-anak yang memerlukan di negeri Pahang Darul Makmur melalui Yayasan ALMAS, Persatuan Siswazah Warisan dan Pertubuhan Strategis Bersatu.

42 tahun memerintah Negeri Pahang Darul Makmur, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku memikat pesona, peribadi mulia menjadi cerita rakyat jelata, antara raja yang mudah tersentuh sukma kalau terdengar getir derita rakyat tercinta.

Benarlah Bagai Dikata: Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada.

1

12801345_10207345587812554_3389771782177034516_n

943963_10207346756161762_1569231262982098802_n

Orang ramai berpeluang menelusuri kehidupan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Pameran Diraja di Istana Budaya yang bermula kemarin. Pameran ini memaparkan 85 keping gambar ekslusif Sultan Pahang sejak kecil sehinggalah sekarang.

12799267_10207332256639283_1156810214265935133_n

12771980_10208783820535799_3488153817644310495_o

8263_10207346756041759_3556221105526664248_n

Berbeza dengan persembahan pentas biasa, Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya di sini malam ini menampilkan elemen istimewa apabila menggunakan laras bahasa istana dan adat istiadat diraja sepenuhnya.Ia akan menggunakan laras bahasa istana yang sama seperti di Balairong Istana Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang.

Ini secara langsung membolehkan para penonton merasi sendiri suasana berada di Istana dengan tata cara yang penuh istiadat. Antara laras bahasa yang digunakan adalah bersantap (sedang makan), bersemayam (tidur) dan kekal rarar (hidup selamanya)

10398926_10207323501500410_6960762169511562969_n

12744379_10207316307800572_4593861900528979134_n

12791031_10207339574582227_5045420352121708316_n

Panggung Sari, Istana Budaya mampu menempatkan 1411 orang pada satu-satu masa, termasuk 785 orang di Balai Sari Penghadapan di tingkat satu. Manakala Balai Sari Utama boleh menempatkan 324 di tingkat dua dan 302 orang di Balai Sari Peninjau di tingkat tiga. Ruang orkestra pula boleh menempatkan 98 orang apabila tidak digunakan.

12718074_10207332255879264_8808800392251296338_n

12742429_10207325897400306_5304626114488338526_n

12744076_10207325898320329_6512412204429973702_n

Tahniah dan terima kasih kepada semua.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI