Untuk hari ke-2, kami mengikuti pakej ke lawatan ke Phi Phi Island. Pada asalanya, aku sendiri tak tahu dan tak dapat menggambarkan bagaimana perasaannya pergi ke pulau. Pengalaman yang terlalu berharga tatkala menaiki kapal untuk pergi ke Pulau Phi Phi tu. Jarak perjalananya pun lebih kurang 1 jam dan yang pasti aku sempat tidur yerrrr
PHUKET – SINO PHUKET
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket lebih kurang jam 6 petang waktu tempatan. Pertama kali melalui proses imegresen di negara orang. Huh…nasib baik semuanya berjalan dengan lancar.Kami tinggal di APK Resort and Spa di kawasan Patong Beach. Jarak perjalanan daripada Airport lebih kurang setengah jam lebih. Sepanjang perjalanan pergi ke tempat penginapan, aku merasakan corak dan gaya hidup orang di Phuket ini tidak jauh berbeza dengan kami di Malaysia.
PHUKET – DISINI AKU DATANG
Pergi ke Phuket? OMG. Memang aku tidak pernah terlintas untuk pergi sejauh itu. Apatah lagi pemergian aku ini diklasifikasikan sebagai ‘Melancong’. Sedikit gementar namun apa boleh buat, ticket pun sudah dibeli. Jadi, i just go on.
PHUKET – BERENANG
Gambar ini diambil selepas aku berenang (guna jaket keselamatan) hahaha. Rasa macam tak pahu publish gambar ini. Tapi geram….. seronok dapat berenang + melihat pemandangan cantik ini. Sweet
PHUKET – KEPULAUAN KRABI
Tak dapat nak dibayangkan, aku sebenarnya berada di Kepulauan Krabi Phuket. Boleh pula terbawak diri ke sini kan? Oh….kalau bawa mak aku datang jalan jalan tepi pantai pun syok juga ni…