Onani – Cara Isteri Melancapkan Suami

Onani - Isteri Melancapkan Suami

Onani atau dalam bahasa popularnya melancap (istimna’ – dalam bahasa arab) merupakan perbuatan menggeser tangan pada kemaluan sehingga keluarnya air mani.

Perbuatan melancap adalah berdosa dan hukumnya adalah HARAM. Sebahagian ulama mengharuskan perbuatan melancap ini sekiranya seseorang itu dalam keadaan takut untuk terlibat dengan zina dan tidak mampu berkahwin.

Namun, pada masa sama, seseorang yang melakukannya perlu bertaubat dan berusaha menghentikan perbuatan tersebut. Firman Allah swt, maksudnya:

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengahwini selain yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. - Surah al-Mukminum, ayat 5 hingga 7

Sekiranya gelojak nafsu yang tidak dapat ditahan, bersabar itu adalah lebih baik. Puasa juga merupakan antara cara untuk mengekang nafsu untuk melakukan onani. Pada masa sama, sekiranya dia berkemampuan, berkahwin adalah jalan paling selamat. Ini bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad saw, maksudnya:

Secara umumnya, seseorang itu akan lebih mudah terangsang jika bersendirian. Apakah yang perlu dilakukan? Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti luar, majlis ilmu, sukan dan sebagainya.

Wahai sekalian pemuda, sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia berkahwin kerana dengan berkahwin dapat meildungi pemandangan dan memelihara kemaluan. Jika tidak mampu, hendaklah dia berpuasa. Itu ialah cara untuk memelihara diri. - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Melancap Sehingga Keluar Air Mani

Seseorang yang beronani sehingga mengeluarkan air mani, wajib untuk melakukan MANDI WAJIB. Namun, tidak perlu mandi wajib sekiranya hanya sekadar air mazi sahaja yang keluar. Cukup sekadar membersihkan kemaluan / anggota badan dan pakaian (sekiranya terkena)

Cara Isteri Melancapkan Suami

Kepuasan batin adalah kewajipan bersama suami isteri

Kadangkala, walaupun dalam tempoh haid, suami masih perlukan perhatian sang isteri. Sekiranya isteri haid dan suami perlu untuk melakukan hubungan seks, maka isteri dibolehkan untuk membantu suami memenuhi gelora nafsunya itu. Caranya adalah dengan menggunakan tangannya atau mana-mana anggota tubuh kecuali bahagian di antara pusat dengan lutut sama ada bahagian depan mahupun belakang.

Umumnya, Islam mengharamkan perbuatan melancap. Ia termasuk dalam kategori melepaskan nafsu di luar batas perkahwinan. Oleh itu, ia dibolehkan jika dilakukan oleh pasangan suami isteri bagi mengelakkan dosa zina.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI