Nasi Goreng Cina di Johnny’s Restaurant Sedap!

Makan steamboat mana yang sedap dan harga boleh tahan? Bagi aku, Johnny’s Restaurant paling memenuhi citarasa aku. Harga like-like sebab ada didatangkan dengan set. Aku pula memang tidak suka sangat konsep buffet nie. Sebab tidak makan banyak sangat sekarang nie. Jadi, konsep hidang / set sangat sesuai dengan aku. Malas nak bangun dan duduk banyak kali.

Johnny’s Restuarant yang paling hampir dan selalu aku pergi ialah di cawangan Alamanda Putrajaya dan IOI City Mall Putrajaya. Pergi time timing cantik dan orang tidak ramai sangat. Servis pun boleh tahan cepatnya.

Selalunya aku akan order Menu Set A yang sesuai untuk 2 orang. Kemudian, adalah aku tambah some items lain untuk melengkapkan lagi menu ‘masakan sup’ aku tu hihi.

Jujurnya, aku tidak ramai kawan yang suka makan Steamboat nie. Kalau ada pun aku suruh dia teman. Diorang pula lebih gemar order nasi goreng / menu ala carte yang lain. Sentap

Orang kata, Nasi Goreng Cina kat Johnny’s Restaurant ni sedap. Tapi, tempoh hari, aku lupa nak bagitahu. Jadinya, kawan aku order Nasi Goreng Hot & Spicy. Tak sedap mana. Rasa belacan  hahaha

 

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *