Minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari Port Dickson, kawan aku ajak singgah minum petang di Warung Kopi Manshor di Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Panasnya nauzubillah pada ketika itu hahahaha. Minum kopi panas pada waktu panas. Memang azab uollzz. Tapi itulah, nak buat macam mana. Alang-alang datang kan. Kenalah merasa. Kalau tak, bila lagi? Selama ini asyik tengok orang post minum di sini sahaja. Tengok gaya macam sedap!
Orang kata, ramai orang datang sini pada waktu petang/malam. Waktu aku datang ini, tak ramai orang. Mungkin sebab waktu tengahari macam itu. Tak ramai lagi lah kot.
Tengok pada hiasan dinding, nampak gaya market lebih kepada abg abg motor. Ride sana sini kemudian singgah minum disini kot.
Aku order Kopi Manshor panas dan kawan aku pula order Kopi Manshor sejuk. Lain okay rasanya. Emmmm rasa Kopi Manshor yang panas lebih sedap berbanding yang sejuk. Hahahaha Nasib baik aku gigih order kopi panas.
Aku rasa, macam minum kopi yang dicampur dengan coklat. Sebab memang itu yang aku selalu buat dirumah dahulu. Kekadang, letak Milo pun sedap haha.
Makan pula aku order Mee Bandung. Tapi, nampak gaya macam bukan Mee Bandung sebab rasa macam Mee Rebus. Kemudian dia letak telur goreng. Keliru jap disitu. Tapi sedap ler. Sebab aku memang tengah senak perut kelaparan pada ketika itu. Heh!
Panasssss yang amat persekitaran. Tak hairanlah kenapa orang datang sini pada waktu lewat petang dan malam. Sebab PANAS. Atap zink
Alhamdulillah sedap dan habis aku minum/makan. Syukur Zul belanja