MINGGU YANG BUSUK

Hari minggu yang tension sangat rasanya bagi aku. Sehari suntuk aku tido, tido dan tido sahaja. Bayangkan, handphone aku kehabisan bateri + ada gangguan bekalan air kotor kat rumah. Aku sendiri tak ingat kat mana aku letak charger telefon aku tu. Samaada kat pejabat atau kat rumah. Dah lah sekarang aku ada 2 meja kerja. Tu yang kekadang keliru + lupa letak mana. Pengsan.

Pastu, minggu lepas agak pengsan jugaklah. Dah la lama tak keluar buat kerja luar. Tetiba terpaksa meeting kat Shah Alam + attend taklimat kat KL Tower. Penat OK buat 2 perkara dalam satu masa. Rasanya, mungkin ada hikmah juga kot handphone aku kehabisan bateri. Rasa macam sedikit tenang je hahahaha.

Nak keluar tak boleh cz mandi tak bersih + nak berhubung pun tak boleh cz handphone tak ada bateri. So, duduk diam-diam kat rumah je lah. Tunggu isnin ini charge telefon 🙂 Sabar je lah.

pulsa-handphone-6

Hujung minggu ini aku dok bergelimpangan sahaja dengan kucing-kucing busuk aku tu. Tuannya pun busuk sekali. Memang sesuai sangat! Sentap dengan maintenance kat sini.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI