Seseorang yang apabila terjaga daripada tidurnya dan mendapati yakin terdapat kesan tompokan air mani atau air mani melekit pada pakaian, dia WAJIB untuk MANDI WAJIB / MANDI HADAS BESAR (walaupun tidak mengalami mimpi basah).
Ini adalah berdasarkan kepada dalil hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, maksudnya:
Nabi Muhammad saw ditanya tentang seorang lelaki yang mendapati basahan pada pakaiannya tetapi tidak sedar sama ada dia telah bermimpi atau tidak. Lantas, baginda mejawab,’Dia perlu mandi.’
Hadis Riwayat Abu Daud
Rasulullah saw juga ditanya tentang lelaki yang bermimpi tetapi tidak mendapati sebarang basahan. Lantas Baginda menjawab,’Dia tidak perlu mandi.’
Ummu Salaim berkata,’Adakah wanita yang melihatnya juga perlu mandi?’ Baginda menjawab, ‘Ya, sesungguhnya wanita ialah ‘saudara kandung’ (sama seperti) lelaki.'”
Selain itu, Musannaf Ibn Abi Syaibah turut meriwayatkan, darippada Abdullah bin ‘Amr ra, dia berkata, seorang wanita telah bertanya kepada Nabi Muhammad saw, maksudnya:
Salah seorang daripada kami telah bermimpi melakukan jimak dalam tidurnya bersama suami. Lantas, Nabi menjawab, 'Apabila kamu melihat kesan basah, maka hendaklah kamu mandi.'
- Apa Hukum Mandi Bogel dan Tidur Bogel?
- Cara Solat Sunat Rakaat Selepas Solat Jumaat – Bilangan Rakaat
- Cara Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat
- 35 Contoh Ucapan Ulang Tahun untuk Anak Laki-Laki yang Menyentuh Hati
- Penerangan Hadis – 5 Syarat Sah Solat Jumaat
- 5 Amalan Utama Sunat Pada Hari Jumaat
Mimpi Melakukan Hubungan Seks, Tapi Tidak Keluar Air Mani
Seperti mana yang tertera pada riwayat hadis Imam Abu Daud diatas, orang yang tidak keluar air mani, walaupun sebanyak mana dia mimpi melakukan hubungan seks, dia tetap tidak perlu mandi wajib.
Lima Perkara yang mewajibkan seseorang itu untuk mandi wajib ialah:
- Keluar air mani yang disertai syahwat. Sama ada dalam keadaan tidur ataupun terjaga
- Melakukan hubungan seks (walaupun tidak mengeluarkan air mani)
- Keluar darah haid dan nifas
- Wanita kafir yang hendak masuk Islam
- Saat meninggal dunianya orang muslim