MAKANAN KUCING ROYAL CANIN

Makanan Kucing Royal Canin – Aku agak kekok sebenarnya dengan diet pemakanan kucing jenis parsi / persia / persian ini. Mengada-ngada nak makan makanan yang mahal. Betul tak? hihi gurau je. Di awal penjagaan cici, pernah juga bagi dia makan jenama Science Plan. Tapi budak ini tak mahu makan…pengsan. Tetap mahu makan makanan dari jenama Royal Canin dek kerana sejak lahir lagi khabarnya pemilik asalnya memang bagi makan dari jenama ini. Pengsan lagi

SciencePlan

Mula-mula itu memang janggal jugaklah dengan longgokan jenis-jenis makanan kucing dari jenama Royal Canin ini. Banyak kot jenis jenisnya. Kekadang itu, nak beli makanan di kedai pun keliru.

Google sana sini + jalan jalan cari pasal di kedai Pet Shop.

Di Malaysia ini seakan kurang penerangan di Internet mengenai makanan kucing jenama Royal Canin ini. Lagi lagi yang berbahasa Melayu. Ohhhh sedih.

Daripada pemahaman, pemerhatian, google dan pengalaman sendiri – Berikut merupakan 7 jenis makanan kucing daripada jenama Royal Canin yang aku tahu.

BABYCAT 34

  • Untuk anak kucing yang bercerai susu + usia dalam lingkungan 1 – 4 bulan
  • Mengandungi antioksida dan ammo-oligo-saccharides yang membantu menyokong pertahanan semulajadi anak kucing.
  • Sangat hadam protein untuk keselamatan pencernaan
  • Membantu memudahkan peralihan kepada makanan pejal.
  • Teksturnya yang halus sesuai untuk gigi susu anak kucing

KITTEN 36

  • Untuk pertumbuhan otot dan tulang anak kucing yang berumur dalam lingkungan 4 – 12 bulan.
  • Mengandungi antioksida dan ammo-oligo-saccharides yang membantu menyokong pertahanan semulajadi anak kucing.
  • Mengandungi protein L.I.P. yang tinggi untuk mengurangkan bau najis
  • Sangat hadam protein untuk keselamatan pencernaan

KITTEN PERSIAN 32

  • Untuk anak kucing Parsi yang berumur 4-12 bulan
  • Mengukuhkan sistem pertahanan semula jadi
  • Sangat hadam protein untuk keselamatan pencernaan
  • Membantu mengukuhkan peranan kulit/bulu+ kecantikan dan warna yang asli
  • The exclusive Ruby 6 kibble – membantu dan menggalakkan anak kucing untuk mengungah

PERSIAN 30

  • Untuk kucing parsi dewasa yang berusia 12 bulan keatas
  • Membantu mencantikkan kulit/bulu – bersinar, lembut dan warna yang cantik
  • Membantu mengurangkan ‘hairball’ dengan kombinasi gentian (fiber)
  • Sangat hadam protein untuk keselamatan pencernaan
  • Mengandungi Almond 11

INDOOR 27

  • Khas untuk kucing yang selalu duduk rumah
  • Untuk kucing yang berusia 1 – 10 tahun
  • Mengurangkan bau najis sehingga 60%
  • Membantu mengekalkan berat badan ideal dengan bekalan kalori yang sederhana dan L-carnitine yang membantu menggerakkan ‘Fat-Store’
  • Mengandungi kombinasi non-fermentable fibres dan beet pulp

HAIR & SKIN 33

  • Mengandungi nutrien yang baik untuk kulit yang sihat dan bulu yang bersinar
  • Mengandungi soya, mingak baroge dan minyak ikan yang baik untuk kulit / bulu
  • Mengandungi gabungan asid amino, vitamin B, zink

FIT 32

  • Untuk kucing dewasa sederhana aktif yang berusia 1-10 tahun
  • Mengandungi diet yang lengkap dan seimbang daripada 52 nutrien
  • Kandungan kalori yang lebih rendah…sesuai untuk kucing yang kurang bersenam.
  • Mengandungi non-fermentable fibres dan beet pulp

Boleh jadi maklumat yang tertera kurang / terlebih lengkap. Boleh rujuk laman web Royal Canin atau FB Royal Canin Malaysia. LIKE ramai-ramai

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI