Makanan Alternatif Kepada Royal Canin

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jumpa makanan alternatif kepada Royal Canin iaitu Dormeo’s. Katanya produk dari Jerman. Harga pun mampu milik iaitu sekitar RM120 hingga RM135 bergantung kepada tempat (10kg).

Seronok bukan kepalang lagilah sebab anak-anak kucing boleh terima makanan jenama Dormeo’s ini. Proses penukaran makanan daripada Royal Canin kepada Dormeo’s pun berjalan lancar 🙂 Sangat beruntung bagi pemilik kucing yang mempunyai kucing yang tidak memilih sangat bab makanan.

Mengapa aku nak tukar jenama makanan kucing aku? Mudah je. Sebab nak kurangkan kos hahahaha

Paling murah, 10kg Royal Canin Fit 32 anggaran harganya ialah antara RM160 hingga RM170. 10kg Royal Canin Persian anggaran harganya ialah antara RM200 hingga RM215. 15kg Royal Canin Sensible anggaran harganya ialah RM276 lebih. Itu anggaran harga yang aku dapat kalau beli di Kedai Kucing Terbesar di Melaka. Harga di sekitar Kuala Lumpur acaner pula tu.

Cara nak menukar makanan kucing mudah je. Hanya perlu tukar secara beransur-ansur. Proses penukaran ini selalunya ambil masa 3 hingga 10 hari. Semuanya bergantung kepada penerimaan kucing itu sendiri.

Mulakan dengan menggantikan makanan baru sebanyak 25% lebih kurang 2 hingga 3 hari. Kemudian naikkan kepada 50% kepada 75% kepada 100% pada anggaran tempoh masa yang sama.

Sepanjang proses penukaran ini, mungkin kucing akan mengalami masalah berak lembut atau kurang selera makan. Tapi, alhamdulillah kucing aku habis makan. Berselera betul 🙂

Kita boleh berikan makanan tambahan berupa vitamin etc untuk menaikkan selera makan kucing. Akan tetapi, jika si comel masih lagi tidak berselera makan, bermakna dia tidak serasi dengan makanan kucing yang baru.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *