Makan Sedap Putrajaya : Dayang Sarawak Corner

Tempat makan sedap kat Putrajaya memang banyak. Dahulu, tatkala aku duduk di Putrajaya, tak lah sebanyak sekarang. Pusing sana sini, makan kat situ je lah tempatnya.

Sekarang nie kalau port makan kat Putrajaya, aku prefer makan di Ayer@8, Bazaar 8 & Presint Diplomatik. Tapi, pergi kalau si ajak orang je lah aku pergi. Sebab susah cari parking kalau pergi tak kena waktu hahaha.

Banyak kedai baru buka di Presint Diplomatik. Salah satunya ialah Sayang Sarawak Corner. Tempatnya lebih besar dan selesa berbanding Dayang Sarawak Corner @ Sungai Besi KL. Cantik

Aku pun tak tahu diorang buka cawangan kat sini. Sebab ada yang mengajak, itu yang nak share kat sini. Sebab sedap dan memang tempat makan kegemaran. Serba serbi sedap semuanya huhu.

Aku order sup wantan je sebab baru balik dari Kuching Sarawak hihi. Kengkawan yang lain order mee kolok (daging / ayam).

Minum pula aku order teh ais gula apong. Katanya gula apong ini hanya ada di Sarawak. Semasa aku di Sarawak, tak berkesempatan merasa. Itu yang mengorder di sini huhu.

Sangat sedap okay gula apong ini. Tapi tulah, gula kan. Boleh ambil, tapi tak boleh selalu sangat. Takut berat badan naik. Pengsan.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *