Makan Nasi Putih Dengan Kimchi

Hari ini, sudah masuk dua hari aku mula bekerja. Rasanya, macam mood raya masih onzz lagi lah haha. Macam tiada semangat nak bekerja sangat. Kalau ikutkan melambak je kerja yang tidak siap. Tapi, itulah. Rasa macam malas semacam.

Hari ini rasa lebih buat design bunting dan banner. Sebab tak biasa dan bukan kepakaran aku. Lepas tu internet pula bermasalah. Pending kerja yang akhirnya menambah kemalasan.

Petang pula rasa lapar semacam. Yelah, dah terbiasa makan waktu maghrib (berbuka). Jadinya, aku rasa macan semacam je kalau tak mengunyah pada waktu itu. Boleh?

Stok makanan kat peti sejuk pula dah tak banyak pilihan. Nak beli pula malas sebab tiap kali petang je mesti hujan / mendung. Malas nak redah jem. Akhirnya, makan je lah apa yang ada si rumah. Nasi putih panas-panas dan kimchi. Sedap ke?

Hurmmm, bolehlah. Rasa lebih kurang ala ala ala makan budu, cencalok, tempoyak atau yang seumpama dengannya. Ini kalau makan dengan telur goreng pun sedap juga. Ala ala konsep makan berulam. Rasanya pula memang masam masam sikit. Memang elok sangat lah tu.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *