Makan Nasi Lemak Manjo Hentian PLUS Nilai

Selama aku menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), tak pernah terlintas nak menyinggah di Hentian Nilai. Selalunya aku akan berhenti di R&R Seremban. Tu pun sebab nak isi minyak. Yelah, dekat sangat lagipun. Tak sempat nak letih memandu, takkan nak berhenti kot.

Hari ini bos kata nasi lemak kat Hentian Nilai sedap. Dia ajak lah menyinggah. Aku pun okay je lah kan. Tengok pada makanan yang ada di gerai, nampak sedap. 


Aku amik nasi lemak lauk kerang dan paru goreng. Tengok macam sedap kan? Yeahhh memang sedap pun. Bos belanja, lagilah sedap rasanya.

Peparu gorengnya lembut dan sedap. Ini kalau masih panas lagi mesti lagi sedap. Nasi lemaknya berasa betul. Serba serbi lengkap. Patutlah diorang kata sedap. 


Boleh repeat balik nie. Nyum2

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *