Makan Nasi Kukus Sabariah

Lapar yang amat hari ini. Sebab gigih mengemas rumah. Malam tadi pula tak dapat nak tidur nyenyak sebab Kucing aku, si Socky mengacau. Dok ‘mengurut’ guna kuku dia yang tajam itu. Pengsan.

Sekitar pukul 12 lebih juga datang makan di Cafe Nasi Kukus Tok We ini. Kali ini bawa Fadil sebab suasana Coronavirus ini kami tak tahu mahu ke mana. Makan dan lepak di rumah je lah ek. Sesambil bawa di makan di Beranang ini, aku penuhkan stok barangan dapur. In case situation getting worse ke. At least, ada makanan di rumah.

Ohhh, ada menu baharu di Cafe Nasi Kukus Tok We ini. Nasi Kukus Sabariah – lauk ayam masak lemak yang pedas. Pedas gilerrrr uolllZz. Terasa yang amat kepedasan. Bumbu dan cili padi yang banyak dalam kuah. Berganda pedasnya. Tak lemak mana, tapi pedas yang amat ???

Fadil pula order Nasi Kukus Tok We. Saiz ayamnya besar dan sedap katanya. Kuah kari/gulai pun pekat. Nasib baik pakcik tu suka haha. Rupanya, dia memang suka makan nasi kukus.

Selalunya aku order Kopi Ais. Kali ini aku order Milo Ais pulak. Nyesal sebab buat aku mengantuk hahaha. Next time datang kene consistent order kopi ais – untuk elak ngantuk.

Alhamdulillah, makan disini tidak pernah menghampakan. Suasana selesa, servis cepat dan tenang sokmo. Makanan pun sedap yummy yummy.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI