Makan Nasi Ayam Sedap di Bangi

Port makan nasi ayam sedap di Bangi – Restaurant Nasi Ayam Yunnan Al-Awali @ Bandar Baru Bangi. Terletak bersebelahan dengan Melaka Kitchen dan bangunan yang bertentangan dengan Nasi Ayam Penyet Wong Solo.

Kunjungan kali kedua aku ke kedai makan ini. Kali pertama adalah sewaktu ‘sambutan’ hari jadi aku. Makan besar kat sini. Tapi, aku tak makan banyak mana waktu itu sebab sudah kenyang makan Nasi Kandar Melayu Apollo hahaha.

Kunjungan kedua aku ini, aku pergi dengan Kak Ina. Dia mengidam nak makan nasi ayam agaknya. Menu kegemaran dia adalah Ayam Masak Stim / kukus katanya.

Kami order special. Jadi, dapat kuantiti hidangan yang agak besar. Mungkin separuh ayam agaknya – ehh, tak pun suku. Ikut saiz ayam ler kot. Tapi memang puas hati.

Asalnya aku order roasted chicken dan chicken stim. Tapi yang sampai satu sahaja hahaha. Nasib baik diorang hantar satu sahaja. Sebab banyak yang amat. Aku pula order 2 menu sayur – taugeh dan kailan. Ish ish ish… melantak kenyang aku makan juadah enak ini.

Nampak gaya, macam senang je masak sayur. Letak bawang putih lebih sedikit dan kicap cair. Tengok gaya macam itu lah. Kemudian, kailan tu mungkin dicelur dahulu dengan air panas. Kemudian, baru tumis dengan bawang putih dan kicap cair. Aku agak je…

Tapi, serba serbi memang sedap menu disini. Aku pun tak nampak buku menu. Main order je. Sebab kedai nasi ayam kan… jadi, hidangan pun memang nasi ayam dan lauk pauk sayuran yang berkaitan juga.

Ohh ya, katanya sebelum ini kedai sini tidak ramai orang sangat. Tapi, alhamdulillah makin ramai dan penuh je sewaktu aku datang. Memang sedap. Boleh jadi kedai alternative untuk Chicken Rice Shop yang sokmo penuh dan agak mahal harganya hihi.

OK lah. Kita seal tempat ini untuk jadi port makan nasi ayam sedap di Bangi. Hurmmm, aku ada tengok di Google Maps, kedai ini beroperasi dari pukul 10.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari kecual hari jumaat (tutup).

Alhamdulillah kenyang dan puas hati.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *