Makan Malam di Kubah Ria, Kuching Sarawak

Suka makan berkonsepkan medan selera di Kuching, Sarawak? Jom kita makan di Kubah Ria, Sarawak. Tengok alamat, nampak macam terletak di Petra Jaya (bukan Kuching). Kawasan parlimen Kuching dan Petra Jaya bersebelahan je kot.

Kawan pejabat Sarawak yang bawa ke mari. Katanya meriah pada waktu malam. Buka sampai 10 ke 11 malam macam tu.

Kat sini katanya yang sedap adalah sup tulang. Kami pulak datang bertiga. Jadinya order sup tulang, sup bebola ikan dan sup rerama (ala-ala kari yang dimasak dengan seafood dan telur).

Sup Tulang
Sup Bebola Ikan
Sup Rerama

Kami makan dengan nasi putih. Tengok gaya macam lain sedikit beras yang digunakan.

Teringin nak merasa beras bario huhu. Insyaallah satu hari nanti.

Katanya waktu malam je yang meriah kat sini. Waktu siang tak berapa ramai sangat orang katanya.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *