Makan Kari Kambing 40 Hari

Aku orang Batu Pahat. Tapi tak tahu sangat tempat makan sedap di kawasan sekitar. Yelah, kalau balik kampung, aku tak makan luar sangat. Balik kampung pun jarang sangat, jadinya lebih baik aku makan di rumah je. Betul tak?

Hari tu, tatkala dalam perjalanan balik KL dari JB, kami menyinggah makan di Restoran Kari Kambing 40 Hari. Signboard terpampang besar dari tepi highway PLUS. Nampak macam ramai je yang datang makan.

Tengoklah tu, punyalah berderet deret kereta parking tepi jalan. Nampak sangat ramai yang datang singgah makan. Viral di media sosial katanya. Itu yang mencanak-canak orang datang.

Takut tengok ramainya manusia yang datang makan sini. Dah macam makan kenduri kelihatannya. Hebat betul penangan kari kambing 40 hari ini.

Banggalah juga ada tempat makan sedap di Batu Pahat. Penduduk tempatan katanya. Datang pula dengan bos. Jadinya dia pun belanjalah kami makan. Setalam besar itu seingat aku RM45/RM48 kot. Percuma satu jug air. Murah lah tu untuk makan 4 orang kan. Makan 3 orang pun boleh sangat juga tu.

Sedap yang amat amat amat. Kari kambingnya lazat. Tak berbau kambing. Jadinya aku pun melahap banyak lah. Habis licin. Puas hati sangat.

Ini yang buat aku ketagih nak menyinggah makan lagi nie. Huhu

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *