Makan Durian di Bandar Permaisuri Cheras

Zaman sekarang nie, musim durian seakan sudah tak tentu masa. Tiap bulan seakan musim  durian kelihatannya. Sebabnya kalau lalu tepi jalan kat memana, ada je gerai menjual durian. Bezanya cuma harga – murah atau mahal. Kalau pengeluaran banyak, harga mungkin boleh jadi murah. Begitu juga sebaliknya.

Aku ada tanya lah kekawan dalam industri berkaitan, katanya sebab cuaca sudah tidak menentu sekarang. Jadinya durian pun berbunga / berbuah mengikut perubahan cuaca. 

Kita kan ada banyak jenis durian. Durian Balik Pulau, Kuala Kurau, Kampung Gajah, Alor Gajah, Hulu Langat, Tangkak, Raub etc. Bulan ni musim kat tempat A, bulan depan musim kat tempat B dan begitu seterusnya. Teknologi pun dah macam-macam sekarang – katanya. Aku pun iya kan ajer.

Kat area KL ini, selalunya aku akan makan durian di sekitar kawasan Bangi, Petaling Jaya dan Bandar Permaisuri Cheras. Pilih je lah samaada nak makan secara buffet atau beli kilogram.

Kalau buffet, aku akan makan di Petaling Jaya. Disana ada banyak gerai menjual durian. Macam-macam ada. Pilih je mana yang bersesuaian dengan bajet. Kalau musim tengah kemuncak, untunglah sebab dapat harga yang lebih mampu makan ahaks.

Buffet durian pun harganya lebih kurang RM50 untuk varieti D24 dan IOI. Makan antara 60 minit hingga 90 minit. Kalau nak beli per kilo pun ada je : RM28 (D24 dan Udang Merah). Musang King pula harga ikut gred sekitar RM35 dan keatas.

Durian kampung pula dimana mana harganya dah kira standard antara RM12 hingga RM18 camtu. Pusing sana sini sama je. Aku pernah gigih menyinggah makan durian di Kampung Gajah Perak. Harga pun antara RM12 dan RM15. Jadinya, tak perlu susah2 nak makan durian murah kononnya. Harga tetap sama. Kat Batu Pahat pun harga camtu juga hihi. 

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *