Makan Atas Daun Pisang di Restoran BananaBro

Kelmarin, aku dan kengkawan sepejabat makan di Restoran BananaBro Sri Petaling. Agak rare makan disini sebab konsepnya ialah makan atas daun pokok pisang. Lauk pauk pula kelihatannya dimasak oleh orang yang pure-indian. Cakap bahasa melayu pun tak lancar. Seakan bukan rakyat Malaysia.

Ini adalah kali kedua aku makan berkonsepkan menu seumpama ini. Pertama kali ada;ah makan bersama dengan Salina di Banana Leaf @ Petaling Jaya kalau tak silap.Konsep letak-letak je nasi dan lauk pauk yang kita mahukan. Lain daripada yang lain. Agaknya inilah cara orang di India makan.

Kami order untuk Set untuk 2 orang makan dan tambah satu lagi Craving Set RM7.90 sebab kami datang bertiga hihi. Katanya lebih murah dan jimat. I follow je lah. Tambah lagi sotong goreng tepung dan ambil air teh tarik yang tengok gaya namapak macam menarik je buih-buih cinta tu.

SEDAP!!! Berselera kami makan. Siap bertambah lauk pauk dengan percuma katanya. Memang puas hati makan kat sini. Kami siap tambah lauk perai goreng, sayur timun dan keropok. Kalau nak datang sini, memang kena perut lapar dan jangan sarapan pagi. Baru puas hati.

Lagi satu, datang awal sebab tempat duduk adalah terhad sebab saiz kedai agak kecil gitew. Kami datang sebelum pukul 12.30 tengahari. Jadi, memang sedang elok sangat nak makan dengan selesa tanpa perlu bersesak. Alhamdulillah syukur.

Lepas ini boleh makan lagi. Abg Shah kata, makan disini lebih sedap dengan beberapa tempat lain yang berkonsepkan sama seumpama ini (makan atas daun pokok pisang).

Antara tempat makan sedap – makan atas daun pokok pisang. Nyum Nyum Nyum

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *