Lama dah sebenarnya aku teringin nak solat maghrib di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi ini. Selalunya solat jumaat je kat sini – mostly. Pada masa yang sama, nak gak merasa solat disini pada waktu malam – maghrib atau isyak. Nak tengok camne suasana malam disini.
Pada awalnya aku menjangkakan besar kemungkinan orang tak ramai yang solat / melawat tempat ini. Yelah kot cz apa je yang ada kat sini. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Rasanya orang yang solat / melawat tempat ini lebih ramai plak rasanya berbanding di Masjid Putra.
Mostly, aku tengok yang datang sini macam orang tempatan + orang-orang kampung yang macam dah tahu selok belok Putrajaya – tengok gaya. Oh, ada juga orang yang dok duduk-duduk bersembang kat kawasan siar kat sini. Budak budak muda – Stail tabligh moden. OK r tu cz tempat ini memang selesa dan luas pun. Banyak nilai nilai seni plak tu.
Bezanya masjid ini ialah, aku tak nampak ‘guard’ yang jaga tempat ini. Kalau kat Masjid Putra, kat mana mana je pasti akan nampak. Tapi kat sini macam xperasan lah pula kat mana diorang.
Persamaan yang boleh aku lihat pula ialah, imamnya orang muda. Hebat…
Cantik lightingnya. Pandai betul orang yang design masjid ini. Hebat
Kat sini ada kedai buku, travel agency, kedai makan, kedai dobi etc…..
Mesti ramai orang yang dah bergambar kat air pancut tu huhu. Dah macam masjid kat timur tengah pun ada gak
Suatu pengalaman yang berharga. Alhamdulillah….