Loreal Pure Clay Mask Anti Pores Review Malaysia

Susah nak ari Loreal Pure Clasy Mask ini. Pada waktu aku nak beli, merata jugalah aku mencarinya. Alhamdulillah, secara kebetulan pergi Nu Sentral, ada stok pula. Terus grab satu. Ada banyak jenis juga Pure Clay Mask ini. Belek punya belak, aku beli yang khusus untuk Anti-Pores.

Harga pun tak mahal mana. Puluhan ringgit sahaja. Produk jenama Loreal memang tak mahal pun. Harga marhaen.

Kandungan utama untuk Loreal Pure Clasy Mask Anti Pores ini ialah Moroccan Lava Clay dan Rosemary Extract. Tak tahu pula ada tanah liat lava gurunung berapi di Maghribi. Popular kot clay jenis ini dalam dunia kecantikan / penjagaan diri.

Baca: Fungsi Dan Kebaikan Essence – Malaysia

Loreal Pure Clay Mask Anti Pores Review Malaysia

Cara penggunaannya mudah sahaja. Hanya perlu oles nipis pada muka dan tunggu antara 5 hingga 10 minit sebelum bilas. Sebelum ini, aku pakai tebal. Memang susah nak tanggal. Tapi, sejak dah pakai beberapa kali ini, aku pakai nipis sahaja. Itu pun aku buat double cleansing – guna cleansing oil dan kemudian cleansing foam. Pakai 2 atau 3 kali seminggu. Kalau malas, pakai seminggu sekali pun okay kot. Tapi, kalau jarang pakai, bila nak habisnya produk itu kan. Tahan sehingga 12 bulan selepas pek dibuka. Okay lah tu. Dah berbulan aku pakai pun nampak mcm tak luak mana. Just nice

Seriously, selepas pakai ini aku rasa segar. Kulit muka terasa licin dan nyaman sekali. Tak tahulah samaada ia sekadar feeling semata-mata atau memang produk ini berkesan. Nampak lah perubahan pada kulit muka yang di oles dengannya. One of my fav product juga. Pasti akan repuchase semula. Tapi, mungkin nak cuba jenis Loreal Pure Clas Mask yang lain pula. huhu.


loreal pure clay mask anti pores review malaysia, loreal anti pores clay mask review,loreal anti pores clay mask review malaysia,loréal clay mask,loreal clay mask review malaysia,loreal pure clay mask benefits,loreal pure clay mask anti pores review,kegunaan l’oreal pure clay mask anti pores,

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *