Lama tak makan di Pizza Hut. Lama giler kot tak makan kat sini. Bukan apa. Aku memang susah sedikit dengan Pizza pizza bagai nie. Tekak melayu jawa lah katakan hihi.
Dek kerana lama giler tak makan kat sini, aku jadi kekok. Tak reti nak order camne. SOP nya nampak sedikit berubah. Seingat aku, rasanya ada satu menu tu diorang akan bagi mangkuk kosong. Pastu kita akan ambil sendiri dissert / bijian / salad apa yang kita nak. Tapi, hairan. La nie macam dah tak ada plak. Rasanya, time aku pergi dengan Su 2 tahun lepas ada lagi style camtu. Xda plak sekarang.
Pastu sekarang nie, kalau order untuk seorang makan diorang bagi pizza tu dalam pinggan. Pengsan jap. Ke ini style Pizza Hut Alamanda? Aku jakon jap hahaha.
Apapun kelainannya, kita layankan sahaja. Hahaha.
Ada order Chocolate Volcano gak. Nampak macam sedap. Tapi rasanya non ado. Ini kalau panas / hangat nie mesti sedap. Nampak sangat si pembuatnya malas nak panaskan chocolate volcano ini. Service charge nak mahal. Tapi service yang diberikan non ado. Sesuai sangat kan!
Chicken Wing dapat lambat. Macam diorang lupa nak bagi pun ada gak huhu. Tak apalah. Take away je. Esok makan.
Total makan malam ini ialah RM60.30. Service chargenya ialah kira kir RM5.00 camtu dan Gov Tax pula ialah kira kira RM3.00. Dek kerana inilah aku choosy dan jarang makan luar. Bayangkan, RM60.00 tu macam macam boleh dibeli / dibuat. Masak, makan dan melantak dirumah lebih baik daripada makan di luar. Tetiba.