Koleksi Hadis Hari Jumaat dan Dalil – Salam Jumaat

Koleksi Hadis Hari Jumaat dan Dalil - Salam Jumaat

Solat Jumaat yang dilakukan sekali setiap minggu adalah perjumpaan mingguan untuk penduduk beragama Islam setempat berkumpul, beramah mesra, menuntut ilmu dan beribadah bersama. Hari jumaat juga dikenalai sebagai Yaum al-Mazid (Hari Pertambahan) kerana hari ini kebaikan bertambah. Dikatakan juga Jumaat merupakan hari yang terbaik selepas Hari Arafah.

Hadis Riwayat berkaitan Hari Jumaat

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa, Rasulullah pernah bersabda: “Pada hari Jumaat ada suatu saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu, dan memohon sesuatu kepada Allah SWT nescaya dikabulkan Allah SWT permohonan itu.” Nabi memberi isyarat dengan tangannya, yang bererti bahawa saat itu amat singkat. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Koleksi Hadis Hari Jumaat dan Dalil - Salam Jumaat

Aus bin Aus berkata, Rasulullah pernah bersabda: ” Hari yang paling utama dalam seminggu adalah hari jumaat. Oleh itu, perbanyakkanlah berselawat untuk saya pada hari itu. Sebenarnya, semua selawat yang saudara ucapkan itu dilaporkan oleh malaikat kepada saya.” – Hadis Riwayat Abu Daud

Abu Burdah bin Abu Musa al- Asy’ari melaporkan, “Abdullah bin Umar bertanya,’Adakah saudara mendengar ayah saudara melaporkan daripada Rasulullah berkenaan waktu dimakbulkan doa pada hari jumaat?’ Abu Burdah menjawab ‘Ya, ayah saya memberitahu, beliau mendengar Rasulullah berkata, ‘Waktu tersebut adalah ketika imam berada di atas mimbar sehinggalah sembahyang Jumaat selesai dilaksanakan.” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: Ayatul Kursi – Keagungan, Maksud dan Kelebihannya

Koleksi Hadis Hari Jumaat dan Dalil - Salam Jumaat

Abu Hurairah berkata, Rasulullah pernah bersabda: “Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itu Nabi Adam diciptakan. Hari itu jugalah beliau dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan semula dari situ.” – Hadis Riwayat Muslim

Daripada Tariq bin Syihab ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Solat Jumaat merupakan hak yang wajib ke atas setiap muslim secara berjamaah melainkan pada empat perkara: hamba yang dimiliki, wanita, kanak-kanak, atau orang sakit.” – Hadis Riwayat Abu Daud.

Abu Sa’id Al-Khudri r.a., berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dirinya akan diterangi cahaya hinggalah ke Hari Jumaat yang berikutnya.” – Hadis Riwayat Hakim dan Baihaqi.

Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak pergi menunaikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Jabir r.a., menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda: Hari Jumaat terdiri dari dua belas jam. Sesiapa pun di antara hamba muslim yang memohon sesuatu kepada Allah pada saat saat itu, maka Allah akan mengabulkannya. Kerana itu, carilah saat (dikabulkan doa tersebut) di hujung waktu solat Asar.” – Hadis Riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Hakim.

Baca: 20 Contoh Bergambar Ucapan Waalaikumussalam

Dalil Al-Quran berkaitan Hari Jumaat

Wahai orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah bagi bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). – Surah al-Jumu’ah 62:9

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *