Kita Akan Jumpa Kucing Kita Di Syurga Nanti Tak?

Dah beberapa minggu kucing kesayangan aku, si Xavier Mati. Masih terasa kehilangannya sebab dialah peneman terbaik aku dirumah. Apa-apa hal, namanya dahulu yang acap kali kau teriak.

Peneman tidur terbaik sebab baunya busuk tapi sedap. Acaner tu

Nasib baik dia mati di Klinik. Jadinya, doktor siap balut cantik-cantik sebelum tanam. Lucky aku ada tanah di hdi halaman rumah. Jadinya, bersemadilah dia di halaman rumah aku untuk selamanya.

Tuanya tak duduk lagi kat rumah tu. Tapi kucing kesayangan sudah ‘duduk’. Semoga aman dan baik-baik belaka.

Cuma satu je terfikir. Kelak di akhirat atau syurga, kita akan jumpa balik ke kucing-kucing kesayangan?

Terfikir juga, dia pergi secara tiba-tiba. Buat aku insaf. Macam manalah kalau nanti kita kehilangan orang yang tersayang? Jadinya, kita kena hargai apa yang ada didepan mata. Kena sentiasa syukuri nikmat dan hubungan yang ada. Anytime tuhan boleh ambil.

 

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *