Kisah kematian Nabi Musa tidak dibicarakan di dalam al-Quran. Walaubagaimanapun, kisah ini terdapat di dalam Sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Sebuah kisah daripada hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa pada suatu ketika Malaikat Maut diutuskan kepada Nabi Musa untuk mengambil nyawanya. Sebaik sahaja tiba, Nabi Musa terus menamparnya sehingga terkeluar biji matanya.
Abu Hurairah r.a berkata:
Malaikat maut diutus kepada Musa dan ketika sampai padanya Musa mendorong sekuat-kuatnya, sehingga malaikat maut itu kembali lagi kepada Tuhannya Yang Maha Tinggi lagi Maha Agong, seraya berkata, ‘Engkau mengutus aku kepada orang yang tidak menghendaki mati.’ Allah berfirman, ‘Kembalilah padanya, dn katakan agar dia meletakkan tangannya di atas belakang lembu. Dan setiap bulu yang tertutup tangannya, terhitung baginya setahun.’Malaikat maut bertanya, Ya Tuhanku, kemudian bagaiman?’ Allah menjawab, ‘Kemudian mati.’ Dia berkata, ‘Kalau begitu, saatnya sekarang.’ Lalu dia meminta Allah agar mendekatkannya ke tanah suci, sejauh lemparan batu.’
- Kisah Nabi Yusuf Dicampak ke dalam Perigi
- Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun
- Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis
- Kisah Nabi Musa – Wafat & Tampar Malaikat
- Kisah Nabi Isa – Detik Kelahiran
Ibnu Hibban juga meriwayatkan di dalam kitab sahihnya, melalui jalan Ma’mar dari Ibnu Thawus, dari ayahnya, dari Abu Hurairah. Ma’mar berkata, orang yang mendengar Hasan memberitahuku menyebutkan hadis tersebut, kemudian mempersalahkannya, lalu oleh Ibnu Hibban menjawab,sebagaimana yang dia ketahui bahawa ketika malaiakat maut mengatakan yang demikian itu, dia tidak diketahui bahawa dia adalah malaikat maut. Kerana kedatangannya kepada Musa dalam bentuk rupa yang tidak diketahui oleh Musa. Musa mungkin dia tidak mengetahui bahawa yang datang itu adalah malaikat maut. Lalu dia menamparnya sehingga matanya terluka, kerana dia masuk rumahnya tanpa izin. Ini sesuai dengan syariat kita yang membenarkan menampar mata orang ketika melihat orang lain berada di dalam rumah kita, tanpa izin.
Hadith yang panjang ini memberi penjelasan kisah Nabi Musa didatangi oleh Malaikat Maut. Walaubagaimanapun, kehadiran Malaikat Maut pada kali pertama dalam rupa bentuk manusia menyebabkan Nabi Musa tidak mengetahui perkara itu atas arahan Allah.