Kisah Nabi Isa – Detik Kelahiran

Maryam dijadikan pemelihara dan pengabdi Baitul Maqdis. Dia berada di bawah tanggungan dan asuhan suami emak saudaranya, seorang Nabi pada masa itu, iaitu Zakaria. Ketika dewasa, Maryam sangat besungguh sungguh dlam beribadah, tidak ada seorang pun yang dapat menandinginya, pada saat itu. Dalam keadaan kematangan semangatnya itu, malaikat berbicara dengannya, dia menyampaikan berita gembira kepadanya, bahawa Allah telah memilihnya. Dia akan dianugerahi seorang anak yang suci, yang kelak bakal menjadi Nabi yang mulia, suci dan dimuliakan yang dikuatkan dengan beberapa mukjizat.

Kisah Nabi Isa - Detik Kelahiran

Maryam sangat terejut dengan berita gembira yang disampaikan oleh Malaikat itu kepadanya. Iaitu, mengenai hadirnya, seseorang anak melalui dirinya, tanpa seorang suami dan tidak pernah bersuami. Lalu malaikat memberitahu bahawa ALLAH Maha Berkuasa. Apbila Dia menghendaki untuk menjadikan sesuatu, maka cukuplah Allah berkata padanya, “Jadilah”, maka terjadilah ia.

Mendapat penjelasan sebegitu dari Malaikat, Maryam menjadi tenang, dia mengembalikan dan menyeru sepenuhnya kepada Allah swt. Dia tahu bahawa peristiwa itu merupakan ujian yang besar baginya.

Baca: Kisah Nabi Nuh: Sejarah Awal Penyembahan Berhala

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Maryam puteri Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari roh (ciptaan) Kami; dan dia membenarkan kalimah-kalimah Tuhannya dan Kitab-kitabnya-Nya adlah termasuk orang-orang yang taat.” – At Tahrim:12

Ayat tersebut membawa maksud bahawa malaikat yang diutuskan kepada Maryam itu adalah Jibril. Dialah yang meniupkan roh melalui lubang leher bajunya, lalu tiupan roh itu masuk ke dalam farajnya. Jibril tidak menghadapkan secara langsung tiupannya itu ke arah farajnya. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari roh (ciptaan) Kami.”

“Maka Maryam mengandungnya, lalu dia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.”

Baca: Bergambar – Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Maryam mengandunglan Isa selama sembilan bulan, seagimana lazimnya wanita-wanita lain mengandung. Dia melahirkan bayi yang ada dalam kandungannya tepat pada waktunya.

Ramai ulama salaf yang menyebutkan mengambil (menukil) dari ahli kitab yang menyebutkan bahawa mereka kehilangan Maryam dari tengah-tengah mereka, maka mereka mencarinya, melewati tempat persingahannnya yang diliputi oleh cahaya. Mereka pun menju ke arahnya, dan ternyata Maryam bersama seorang anak.  Mereka berkata kepada Maryam: “Wahai Maryam, sesungghnya kamu telah melalukan sesuatu yang amat mungkar.” Yakni, kemungkaran yang sangat besar.

Ibnu Jarir menyebutkan, di dalam kitab Tarikhnya, bahawa mereka menuduh kehamilan Maryam itu akibat dari perbuatan Zakaria, maka mereka hendak membunuhnya. Oleh sebab itu, Zakaria melarikan diri dari kejaran kaum yang hendak membunuhnya.

Ketika keadaan semakin memburuk, keadaanya dirasakan semakin menyesakkan dada, dia tidak lagi mahu bicara, dia bertawakal, menyerah diri sepenuhnya kepada Allah swt tidak ada sesuataupun yang tertinggal darinya, selain keihlasan dan penyerahan secara menyeluruh kepada Allah swt. Dalam keadaan begitu, Maryam memberi isyarat kepada anaknya: “… maka Maryam menunjuk kepada anaknya,”

Pada saat itulah bayi itu berkata, sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

“Berkata Isa, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi. Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup;dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.” – Maryam:30-33

Ucapan ini sekaligus menolak anggapan orang yang mengatakan bahawa dia ialah anak Allah, bukan begitu, tetapi dia adalah hamba Allah.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *