Nabi Ayyub AS menderita penyakit yang kronik sehingga teman-temannya menjauhinya, orang ramai merasa jijik, beliau diusir dari daerahnya, dibuang di tempat sampah di luar kampung halamannya dan orang ramai tidak mahu berhubungan dengannya. Tidak ada seorang pun yang mahu mendekatinya kecuali isterinya. Dialah yang memenuhi segala keperluannya. Isterinya mengetahui segala kebaikan-kebaikan Nabi Ayyub AS pada masa lampau dan kasih sayangnya kepada dirinya. Isterinya sentiasa mendampinginya, mengubatinya, dan membantunya ketika membuang hajat sehinggalah melakukan segala perkara untuk kebaikannya.

- Kisah Nabi Yusuf Dicampak ke dalam Perigi
- Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun
- Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis
- Kisah Nabi Musa – Wafat & Tampar Malaikat
- Kisah Nabi Isa – Detik Kelahiran
Maka keadaan si isteri pun mulai lemah dan terkikis harta bendanya. Bahkan dia juga terpaksa menjadi pembantu kepada orang lain untuk mendapatkan upah bagi membeli makanan dan memenuhi keperluannya.
Disebutkan di dalam hadis sahih, bahawa Rasulullah saw bersabda: ‘Orang yang mendapat cubaan paling berat ialah para Nabi, lalu orang-orang soleh, kemudian yang semisal dan seterusnya.” “Seseorang itu diuji sesuai dengan tahap keteguhannya berpegang pada agamanya, jika dia benar-benar teguh, maka dia akan semakain tambah diuji.”
Ketika masa berjalan demikian lama, isterinya berkata: “Wahai Ayyub, sekiranya engkau berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan kelapangan bagimu.”
Baca: Kisah Nabi Adam – Hadis Tentang Awal Penciptaan Adam
Nabi Ayyub AS menjawab: “Aku telah menjalani hidup dengan sihat selama tujuh puluh tahun. Sangat sedikit sekali bagi Allah bila aku bersabar untuk menghadapi ujian ini selama tujuh puluh tahun.” Si isteri tersentak mendengar ungkapan Nabi Ayyub AS. Si isteri juga pernah bekerja kepada orang lain untuk mendapatkan upah, serta memberi makan Nabi Ayyub AS dengan upahnya. Kemudian, orang ramai tidak mengambilnya bekerja setelah mengetahui bahawa dia adalah isteri Nabi Ayyub AS. Mereka risau tersebar penyakitnya apabila bergaul dengan isterinya. Apabila dia tidak lagi menemui orang yang mahu mengambilnya bekerja, lalu dia menjual salah satu tocang rambutnya kepada anak-anak perempuan ternama untuk membeli makanan yang baik dan banyak. Dia membawanya kepada Nabi Ayyub AS. Nabi Ayyub AS lalu bertanya: “Dari manakah engkau mendapatkan makanan-makanan ini?” Nabi Ayyub AS tidak mahu makan sebelum diberitahu asal makanan tersebut. Si isteri menjawab: “Aku bekerja dengan orang.”
Baca: 9 Hadis Nabi: Hidup Sederhana dan Kelebihan Berlapar (Gambar)
Keesokan harinya, si isteri sekali lagi tidak berjaya menemui seseorang yang mahu mengambilnya bekerja. Akhirnya dia menjual tocang rambutnya yang kedua untuk membeli makanan dan memberikannya kepada Nabi Ayyub AS. Baginda menolak dan tidak mahu makan sebelum diberitahu dari mana asal makanan-makanan tersebut. Si isteri pun membuka tudungnya. Tatkala Nabi Ayyub AS melihat kepala isterinya telah botak, Nabi Ayyub AS berdoa sepertimana firman Allah SWT:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. – al-Anbiya’:83
Syeikh al-Sobuni berkata: Cara diberi sembuh oleh Allah kepada Nabi Ayyub AS selepas beliau berdoa kepada-Nya, maka Allah wahyukan untuk beliau menghentak kakinya ke bumi. Kemudian dia lakukan dan keluar daripadanya air yang sejuk. Kemudian diperintahkan kepadanya untuk minum dan mandi daripadanya. Lantas Allah menyembuhkannya bahkan menjadi lebih sempurna apa yang telah dimilikinya dengan kesihatan dan kekuatan.