Kisah Nabi Adam: Kewafatan Nabi Adam

Kisah Nabi Adam: Kewafatan Nabi Adam

Adam meninggal dunia pada hari Jumaat. Malaikat mendatanginya dengan membawa balsam dan kain kafan dari sisi Allah SWT dari syurga. Anak-anaknya pun bertakziah dan Adam sempat berwasiat kepada Syits.

Muhammad bin Ishaq berkata: “Ketika Adam hendak wafat, dia berwasiat kepada puteranya, Syits dan mengajarkan kepadanya waktu malam dan siang, serta mengajarkan ibadah pada waktu tersebut, serta memberitahu kepadanya akan terjadinya taufan setelah itu.”

Ibnu Ishaq berkata: “Pada hari kematian Adam itu terjadi gerhana matahari dan bulan, selama tujuh hari tujuh malam.”

Diriwatkan oleh Abdullah bin Hamid bin Imam Ahmad, di dalam az-Ziyadaat, Hudbah bin Khalid, dari Hammad bin Salamah dari Humaid, dari Hasan Basri, dari Yahya bin Dhumrah as-Sa’di, dari Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

“Sesungguhnya ketika menjelang wafat, Adam berkata kepada anak-anaknya, ‘Wahai anak-anakku, aku ingin buah-buahan dari syurga.’”

Kata Ka’ab selanjutnya: “Maka mereka pergi mencari buah-buahan itu untuk si ayah Adam. Kemudian, mereka ditemani oleh para malaikat yang membawa balsam dan kain kafan. Sementara anak-anak Adam tersebut membawa kapak, parang dan golok. Para malaikat itu berkata, ‘Wahai anak-anak Adam, apakah yang kamu inginkan dan yang kamu cari?’

Mereka menjawab: “Bapa kami sedang sakit dan baginda ingin buah-buahan dari syurga.”

Baca: (Download) Doa Selepas Yasin pdf – Rumi

Malaikat berkata: “Pulanglah kembali kamu, sesungguhnya bapa kamu telah memperolehinya.”

Lalu para malaikat itu pun datang. Ketika Hawa melihat mereka, dia mengetahui, bahawa mereka adalah para malaikat. Maka Hawa berlindung kepada Adam.

Adam berkata: “Jauhlah dariku, sesungguhnya aku datang sebelum kamu. Oleh kerana itu, menjauhlah dari hadapanku dan malaikat Tuhan.

Kemudian malaikat itu mencabut nyawanya, lalu memandikannya, mengkafankannya dan menyapu dengan wangian. Setelah itu mereka menggali liang lahad untuknya, dan mereka mengerjakan solat jenazah untuknya. Setelah itu, mereka memakamkannya ke dalam liang kubur yang telah dipersiapkan. Lalu mereka mengatakan: “Wahai anak-anak Adam, demikian inilah peraturan (sunnah) untuk kamu.

Para ulama berbeza pendapat pendapat mengenai lokasi permakaman Adam. Pendapat yang masyhur mengatakan, dia dimakamkan di suatu gunung, di mana dia diturunkan, di Hindi. Namun, ada yang mengatakan Adam dimakamkan di gunung (jabal) Abi Qabis (Makkah).

Baca: Assalammualaikum Selamat Pagi – 35 Bergambar

Ibnu Asakir juga meriwatakan Hawa wafat setahun setelah wafatnya Adam.

Perbezaan pendapat juga berlaku dengan umur Nabi Adam. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, maksudnya: ‘Sesungguhnya umur Adam telah tertulis di Lauhul Mahfuz, seribu tahun.’

Dalam kitab Taurat, disebutkan bahawa Adam hidup selama 930 tahun. Jika apa yang terdapat dalam kitab Taurat ini benar-benar terjaga, maka jumlah 930 itu adalah menurut hitungan tahun Syamsiah. Jika dihitung menurut tahun Qamariyah, sama dengan 957 tahun. Kemudian hal ini dtambah dengan tinggalnya Adam di dalam syurga selama 43 tahun sebelum diturunkan ke bumi sepertimana yang disebutkan oleh Ibnu Jarir. Maka, jumlah keseluruhannya menjadi 1000 tahun.

Atha’ al-Khurasani berkata: “Ketika Adam wafat, semua makhluk menangisinya selama 7 hari.”

Setalah Nabi Adam wafat, tugas baginda telah diambil alih oleh puteranya, Nabi Syits. Ibnu Hibban meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: ‘Sesungguhnya Allah menurunkan kepada Syits 50 shuhuf.

Tugas Syits kemudiannya diambil alih oleh puteranya, Anwas. Setelah Anwas meninggal dunia, ia ditugaskan pula kepada puteranya Qanin. Setelah Qanin meninggal dunia, tugas tersebut diambil alih oleh puteranya, Mahlayil. Baginda merupakan orang pertama yang memotong pepohonan, membina kota dan benteng-benteng besar. Dialah juga orang yang membina kota Babil dan Sus al-Aqsa.

Mahlayil juga merupakan orang yang berjaya memaksa Iblis dan bala tenteranya ke hujung bumi. Baginda juga pernah membunuh makhluk sebangsa jin yang membantah dan menentangnya. Baginda membawa kekuasaan negaranya selama 40 tahun.

Setelah Mahlayil meninggal dunia, tugas dan kekuasaannya diambil alih oleh puteranya, Yarad. Setelah Yarad meninggal dunia, tugas tersebut diambil alih pula oleh Khanukh yang kemudiannya dikenali sebagai Nabi Idris.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI