PERTANDINGAN BOLING

image

Malam tadi, bertempat di Mines Bowling The Mines Seri Kembangan telah berlangsung satu perlawanan persahabatan diantara Corporate Comm MOA dan juga Corporate Comm MOF. Perlawanan persahabatan ini dianjurkan oleh Agrobank dan disokong oleh Corporate Comm masing masing.

image

Perlawanan / pertandingan persahabatan ini disertai oleh staff corporate comm dibawah kementerian dan jabatan agensi yang berkaitan. Ramai juga r penyertaan dan lane yang ditempah. Kiranya, memang bagus r kalau aktiviti seperti ini dijalankan. Boleh saling mengenali each other dan bertukar pandangan. Katanya….

YES, its true cz selama ini pun kami jumpa atas urusan rasmi…paling comman pun kenal suara je. Hahaha So, tournemant semalam telah berjaya memperkenalkan aku kepada mereka. Thx to pihak penganjur.

image

Oleh kerana objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antar kami, jadi ahli bagi setiap kumpulan adalah bercampur campur antara agensi. Secara kebetulan, aku satu kumpulan dengan staff dari Agrobank dan MOF (rasanya). Iyer lah tu kot. Aku pun malu2 orangnya haha. Tapi yang paling tak tahan tu, boleh plak nama kumpulan kami KELEDEK. Hahahaha… takdir tuhan

Asalnya, kami dijadualkan untuk bermain sebanyak 4 game. Tapi, oleh kerana start agak lewat dan juga beberapa masalah teknikal, kami hanya bermain untuk 3 game sahaja. Kira ok r tu. Thx god

Aku hairan sebenarnya, kenapa bola yang aku baling asyik xmenjadi je. Longkang sokmo….walhal average pin yang jatuh untuk sebelum sebelum ini memang atas 100 mata. Lampi betul…

Maybe aku dah lama sangat tak main bowling kot. Alamak,malu tu. Xsyok r camnie. Aku nak set every month mesti mau main bowling at least 2 game per month. Niatnya satu….saja nak bersukan dan gerakkan otot2 haha. Asyik menghadap komputer je, mana boleh..Kat rumah pun bersenam cara XBOX 360 je. Pengsan

image

Apun daripada 12 kumpulan, group KELEDEK telah mendapat nombor 6. Aku tak tahu berapa pungutan mereka. Haha mungkin group aku dapat nombor 6 nie pun cz memang ada seorang yang asyik score je. Malu pulak dengan pungutan mata yang aku dapat. Cikitnya….

Apapun, tahniah kepada pihak penganjur diatas kesudian menaja dan menganjurkan program seumpama ini.