Sebelum bersetubuh, suami perlu membaca doa sebelum berjimak bersama dengan isteri. Melalui doa ini, pasangan suami isteri ini akan dipelihara oleh Allah swt, Insya-Allah daripada gangguan syaitan yang direjam. Pada masa yang sama, sebagai usaha jaminan bahawa anak yang mungkin lahir hasil daripada hubungan seksual itu turut akan terselamat daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Doa Sebelum Melakukan Hubungan Seks
Ia adalah berdasarkan kepada dalil hadis Nabi Muhammad saw, maksudnya:
Dengan Nama Allah, Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada (anak) yang Engkau rezekikan kepada kami. - Hadis Riwayat Bukhari
Umumnya, doa sebelum melakukan hubungan kelamin ini dibaca pada permulaan sebelum melakukan hubungan suami isteri. Atau, sebelum suami mencium isteri atau sebelum menanggalkan pakaian (yang mana bersesuaian)
- Cara Solat Sunat Rakaat Selepas Solat Jumaat – Bilangan Rakaat
- Cara Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat
- Penerangan Hadis – 5 Syarat Sah Solat Jumaat
- 5 Amalan Utama Sunat Pada Hari Jumaat
- Terima Kasih – Menghargai Ucapan Hari Lahir dan Hari Jadi
Doa Selepas Melakukan Hubungan Seks
Doa selepas melakukan hubungan seks suami isteri ini ada dinyatakan dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali. Doa ini dibaca di dalam hati tatkala suami merasakan telah hampir mahu keluar atau memancutkan air mani (klimaks)
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan manusia daripada air. Maka, setelah itu Dia kembangkan nasab keturunannya dan menjadi saling memiliki hubungan kekeluargaan. Tuhan kami itu sememangnya Maha Berkuasa
Secara umumnya, hubunga seks suami isteri ini perlu dilakukan dengan tertib dan beradab. Tidak perlu memaksa pasangan untuk bersetubuh dengan cara umpama memperkosa / mendera / menyakitkan. Misalnya, sang suami perlu bersikap budiman, penyayang dan bersabar sambil memujuk sang isteri untuk sama-sama melakukan hubungan kelamin ini.