INSURAN KERETA ETIQA TAKAFUL

image

Apa insuran terbaik untuk kereta? Entah aku pun tak tahu. Sebelum ini aku guna MSIG. Tapi sejak tahun lepas aku tukar kepada Etiqa Takaful sebab aku perbaharui road tax dan insurance di MyEG. Jadi tak guna agen atau syarikat luar. Terus direct via online sahaja.

Kereta VIVA Elite 1.0 je pun kereta aku. Beli tahun 2010 kalau tak silap. Sudah 4 tahun lebih guna kereta itu. Katanya nilai kereta itu sekarang lebih kurang RM26k sahaja huhu. Emmmm, beli kereta memang kurang berbaloi. Baik beli hartanah.

Sekarang jumlah insuran yang perlu aku bayar ialah RM667.95. Tapi kalau tak nak masukkan insuran untuk banjir, aku hanya perlu bayar RM500 lebih sahaja (termasuk insuran cermin).

Alhamdulillah, memang tepat pilihan aku beli Perodua Viva. Yelah kan, kereta kecil…jimat minyak…senang parking dan insuran pun murah. Tak terlalu terbeban sangat setakat ini. Masih boleh.

Hidup kene sederhana dikk…kene tahu beza keperluan dan kemahuan. Janji cukup sifat.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI