Hujung Minggu di Putrajaya

Terjebak tanpa sedar. Meluangkan masa hujung minggu sabtu malam ahad melepak di sekitar Masjid Putra Putrajaya. Masyaallah ramai betul orang yang beriadah disini.

Dekat dengan masjid, senang sebab sesambil jejalan boleh singgah solat. Tak payah menggagau singgah memana. Tempat solat teraergam indah dan selesa depan mata.

Aku tak lari pun. Teman kawan naik basikal. Katanya nak menggayuh basikal 20KM. Harap sihat sejahtera hendaknya haha. Aku tengok lepak orang dok jalan / lari je nie haa. Bau peluh belaka diorang kalau lalu depan aku haha.

Lain masa nanti, bolehlah aku join sekali. Laaa ni aku cuci mata je dahulu. Sesambil itu, memikir apa idea baharu nak buat. Tengok gelagat orang pun syok juga.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI