Himpunan Mutiara Kata Kehidupan – Bergambar

Mutiara Kata Kehidupan

Takdir tak pernah salah. Hakikatnya, semua takdir yang berlaku dalam kehidupan kita walaupun baik atau sebaliknya, sebenarnya adalah untuk kita bahagia & makin dekat dengan pencipta.

Tips untuk solat tepat waktu. “Pesan dekat diri, sentiasa ingat yang setiap saat belum tentu kita hidup. Ajal boleh dapat pada bila-bila masa.”

Saat marah, istighfar. Saat gembira, alhamdulillah. Saat sedih, selawat dan zikrullah. Saat sunyi, asmaul husna. Insyaallah, hati akan tenang.

Jangan kedekut duit untuk bahagiakan mak ayah. Kau tak akan jatuh miskin.

Baca: Contoh Bergambar – Waalaikumussalam Selamat Pagi

Jangan terlalu bersedih dengan apa yang hilang, sampai terlupa untuk tersenyum dengan apa yang ada.

Mutiara Kata Kehidupan

Setiap orang ada ujian dan bahagian masing-masing berhadapan kesusahan dalam kehidupan. Apa pun berlaku, tolong jangan pernah berputus asa. Allah sentiasa ada bersama.

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang kesulitan rezeki, kami mohon bukalah jalan rezekinya. Ya Allah kerana hanya Engkau sahaja yang Maha Pemberi Rezeki.

Jangan putus asa dalam bertaubat, selagi kita hidup selagi itu peluang dan ruang itu terbuka untuk kita.

Rabbighfirli – Tuhanku ampuni aku
Warhamni – Kasihi aku
Wajburni – Tutuplah aibku
Warfa’ni – Angkatlah darjatku
Warzuqni – Berilah aku rezeki
Wahdini – Berilah aku petunjuk
Wa’afini – Sihatkan aku
Wa’fu’anni – Maafkan aku

Mutiara Kata Kehidupan

Doa Supaya Tak Tinggal Solat : “Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa.”. Maksudnya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. – Surah Ibrahim : 40.

Baca: Bergambar – Koleksi Doa Tahajjud Rumi Mudah Dibaca

“Kenapa mesti aku diuji”. Kerana Allah sayang dekat kau Dia tak menguji tanpa sebab kerana Dia lebih tahu apa yang kau mampu tanggung maka turunlah ujian buat kau sabar.

Semoga kita tidak termasuk dari orang-orang yang pandai menasihati, tapi lupa memperbaiki diri.

Perjalanan hidup kita ni tak kan pernah habis dengan dugaan. Takkan terhenti kerana kecaman hidup. Itulah buktinya sebuah pengalaman menjadi matang.

Ya Allah, gugurkanlah nama kami dari senarai ahli Neraka-Mu, masukkanlah nama kami dalam senarai ahli Syurga-Mu.

Mutiara Kata Kehidupan

Mutiara Kata Kehidupan Mutiara Kata Kehidupan

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *