Kunjungan pertama kami di Ho Chi Minh Vietnam ini, kami menggunakan Airport Transfer. Sadly, kunjungan kali ke 2 ini kami tak jumpa mana mana airport transfer yang bersesuaian. Gamble je
Sebaik sahaja melepasi Kastam dan Imegresen, kami terus cari Teksi. Terjumpa orang yang dok promote Saigon Air Taxi. Ratenya ialah RM40 untuk pejalanan dari Lapangan Terbang HCMC ke District 1. Dia nak dalam ringgit Malaysia. Kami bagi RM50. Tapi dia pulangkan dalam mata wang Dong Vietnam!!! SENTAP. Lepas tu dia offer bagi rate RM30 untuk perjalanan pulang kami dari District 1 menuju ke Lapangan Terbang pula. DISKAUN LA KONONNYA!
Apapun, jangan naik teksi ini. Lebih baik naik teksi Vinasun je
Teksi teksi Vinasun ini banyak je di luar lapangan terbang. Berjalan sedikit je ke ‘ketibaan domestik’. Rate lebih kurang RM20 lebih je.
Untuk perjalanan pulang, kami menggunakan teksi Vinasun ini. Bayarannya lebih kurang RM24 lebih (termasuk bayaran toll masuk)
Time naik tu, pastikan mereka menekan butang METER. Kekadang pemandu teksi ini pun nak dapat untung juga. Kene suruh mereka tekan meter tu. Karang ada yang bayar lebih. Datang negara orang kita nak saving / bajet2 duit. So, kene pastikan semua itu huhu
Syukur alhamdulillah, perjalanan kami ke HCMC yang lalu berjalan dengan baik. Teksi pun OK. Cuma yang spoilnya tang Saigon Air Taxi. Memang tak akan naik lagi. Mahal. 2 kali ganda.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +