Hari raya aidilfitri seakan tidak sempurna dirumah kalau tak ada lampu pelita / lampu punjut atau dimar dalam bahasa jawanya hihi. Aku tak tahulah ditempat lain. Tapi, inilah keadaannyadi kawasan kampung tempat aku tinggal. Tak kisahlah ko pasang lampu via minyak atau elektrik ( mentol ). Yang penting, rumah nampak terang dan unik disinari cahaya lampu kecil itu. Sweet bukan? Hihi
Dahulu, sewaktu kecil aku memang rajin bab bab menghias rumah dengan menggunakan lampu pelita ini. Berpuluh puluh lampu aku gunakan. Adalah dalam lingkungan 60 ke 80 buah lampu pelita. Aku guna banyak cz aku susun rapat rapat dan aku buat bentuk. So, nampak cantik je kalau tengok dari jauh. Aku pernah buat bentuk love, buruj etc. Kreatif kan aku!!
Kekadang guna lampu pelita dan kekadang guna mentol je. Depend on masa aku nak susun. Agak agak tak sempat buat, guna je lampu pelita. Senang sikit. .gitu gitu je
Kelemahan aku satu je, aku akan hanya bersemangat pasang lampu time hari sebelum dan selepas raya pertama sahaja. Selepas itu aku malas nak buat hahahaha.
Apapun, tradisi seperti ini wajar dikekalkan. Biar nampak meriah cikit raya tu. Janji jangan berlebihan dan membazir udahlah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin