Soalan yang seringkali terbuku / malu untuk ditanya. Berapa kalikah kekerapan untuk melakukan hubungan persetubuhan bagi pasangan yang telah berkahwin (suami isteri). Tiada dalil yang menjelaskan secara terperinci mengenai hal ini.
Ulama fekah berpendapat, hendaklah bersederhana dalam melakukan semua perkara. Misalnya, Dr. Wahbah al-Zuhaili, mencadangkan sang suami menggauli sang isteri sekurang-kurangnya 4 malam sekali. Manakala tempoh paling lama bagi seorang wanita (isteri) bertahan tanpa melakukan hubungan seksual adalah 4 bulan (maksimum). Kiraan ini adalah berdasarkan kepada ftawa Umar al-Khattab ra yang pernah ditanya oleh anaknya, Hafsah ra.
Walaubagaimanapun, ia juga tertakluk kepada kesediaan seseorang wanita dan kemampuan sang suami itu sendiri. Seorang suami yang bertanggungjawab seharusnya berusaha untuk memenuhi keperluan zahir dan batin untuk isterinya.
Hari Jumaat, Sesuai Untuk Melakukan Hubungan Suami Isteri?
- Onani – Cara Isteri Melancapkan Suami
- Mimpi Melakukan Hubungan Seks dan Keluar Air Mani
- Apa Hukum Mandi Bogel dan Tidur Bogel?
- 25 Best Putrajaya Photoshoot Location
- Cara Solat Sunat Rakaat Selepas Solat Jumaat – Bilangan Rakaat
- Cara Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat
Dikatakan sunat untuk berjimak bersama isteri pada malam Jumaat berdasarkan kepada dalil dibawah:
Nabi Muhammad saw bersadba, Maksudnya: "Sesiapa yang mandi junub pada hari Jumaat dan membershkan dirinya, menyediakan dirinya awal-awal, pergi ke masjid untuk bersembahyang Jumaat, (ditambah pula) dia berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, duduk dekat dengan imam dan mendengarnya (khutbahnya) dengan tidak bercakap-cakap, maka bagi setiap langkahnya ke masjid dikira seperti amalan setahun, termasuk pahala puasa dan bangun malamnya." - Hadis Riwayat Ibn Majah
Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada kesediaan seseorang wanita itu sendiri. Semua sedia maklum, isteri adalah halal untuk suaminya setelah berkahwin. Namun, ia tidak bererti suami berhak untuk memaksa dan menyakiti isteri. Sebagai suami, anda perlu memahami bahawa wanita berbeza dengan lelaki. Kebanyakan mereka melakukan seks dengan perasaan cinta dan kasih sayang.
Perlu diingati, hukumnya adalah haram untuk bercerita perihal hubungan suami isteri serta apa jua perkara yang berlaku dalam rumah tangga seseorang. Apatah lagi jika ia berkaitan dengan hubungan dalam kelambu.
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya, antara seburuk-buruk darjat manusia di sisi Allah pada hari kiamat alah lelaki yang bersetubuh dengan isterinya, lalu menyebarkan ceritanya itu kepada orang lain." - Hadis Riwayat Muslim.
Secara ringkasnya, melakukan hubungan seks suami isteri ini hendaklah dilakukan dengan berpada-pada / bersederhana. Jangan terlalu kurang hingga memudaratkan pihak lain atau secara berlebihan hingga memudaratkan diri sendiri. Apa-apa pun, ukur baju pada badan sendiri. Lakukan mengikut kemampuan masing-masing.