HANTAR ORANGE J KE KLINIK

image

Risau tengok keadaan fizikal orange j yang semakin susut. Berat badan terkini dia hanya 2.5kg sahaja. Cant imagine macam mana tabahnya dia membesarkan 5 ekor anak yang menyusu badan.

Makanan untuk dia memang sentiasa terhidang di mangkuk. Tapi tu lah, kekadang mesti dia pun bosan gak asyik makan benda yang sama je setiap hari. Aku selang selikan dengan makanan basah.

image

Doktor bagi injik ubat hama untuk dia. Pada masa yang sama, bagi dia ubat fungus dan multi vitamin. Bagi dia lebih berselera untuk makan dan makan dan makan lagi.

Next 2 minggu kene bawa dia ke klinik semula untuk rawatan susulan – injik ubat hama untuk kali kedua pula.

Aku dok risau kalau fungus pada badan anak anak diorang tak baik lagi. Yelah kan, effect daripada badan mak dia yang berfungus tu kan.

Anak Mia aku tak kisah sangat cz Mia memang malas bagi anaknya susu + dia bukan ibu yang baik. Hahahahaha….

Semoga baik-baik sahaja semuanya.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI