GRIZZLY GULCH – DISNEYLAND HONG KONG

page1

Grizzly Gulch ini rasanya baru sahaja dibuka – not sure bila. Tapi, ianya memang dikhaskan kepada orang dewasa. Kanak kanak / budak budak memang tak leh nak main permainan disini. Alaaaaa, roller coaster je pun 🙂

page2

Di sini, cuma ada 2 sahaja daya tarikan iaitu Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars dan juga Geyser Gulch. Senang cerita cuma ada roller coaster dan juga ala ala kolam air panas macam tu.

page3 page4

Sesuai dengan namanya, suasana yang ada di sini ialah ala ala pekan lelaki lembu ( cowboy ). Jadi, pengunjung bolehlah merasai sendiri kehidupan di pekan cowboy. Dah macam kat Texas USA pun ada jugak rasanya.

page5 page6

Aku tak naik pun roller coaster tu. hahahaha, cz aku dah rasa pening pening lalat time naik roaller coaster dalam gelap di Tomorrowland. Memang tak larat nak tempuhi saat saat jeritan itu sekali lagi ahaks.

page7 page8

Tapi, aku teruja tengok landasan roller coaster yang ada disini. Cantik dan lain daripada yang lain. Pastu boleh plak gerabak tu mengundur! Pengsan cik kiah tengok. Nasib baik aku tak naik kan??????

page9 page10 page11

Rugi aku tak ambil video. Tapi rata rata orang yang dah naik tu nampak macam happy semacam je. Kiranya diorang enjoy kot. Pastu pengalaman baru kan dengan laluan yang ala ala boleh berundur tu. Kalau aku, memang dah mengucap panjang. Tak pernah2 gerabak mengundur. La ni mengundur plak kan!!! Sentap

Apa lagi yang lain disini? Terdapat 2 laluan yang berbeza. Satu untuk single dan satu lagi untuk couple. So, agak agak nak jimat masa, pergi sahaja beratur dilaluan single. Lebih cepat dapat naik dan main berbanding laluan untuk couple.

Hebatnya roller coaster disini ialah, tak perlu beratur lama sangat. Cz aku tengok, dalam satu satu masa tu akan ada 2 gerabak yang akan berjalan dalam satu masa. Mean, satu gerabak pergi, datu lagi gerabak akan datang. Memang cekap.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI