Genap 10 Tahun Bekerja

Alhamdulillah, syukur yang tak terkira hendaknya kerana pada 1 Julai 2019 ini telah genap 10 tahun aku berkhidmat di sektor awam. Aku pun keliru jap, awam ke aku ini? Boleh dikatakan juga lah kot sebab berkhidmat untuk orang awam / rakyat jua hihi.

Pada awal tahun 2009, sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir untuk jurusan Ijazah Sarjana Muda Matematik, aku sudah mula mengikuti kursus dan latihan industri melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2. Yelah, hati meronta-ronta nak cari kerja untuk menampung kehidupan seharian (walaupun). Aku memang seorang yang tidak boleh duduk diam. Mesti nak kena ada sesuatu yang dibuat. Katanya menggigil kalau dok melangok je hahaha

Sebagai permulaan hidup, aku diterima mengikuti kursus khidmat pelanggan di VADS, TTDI. Dilatih macam mana nak jadi Eksekutif Khidmat Pelanggan yang baik katanya. Pada ketika itu, aku menyewa rumah di Pandan Indah/Cempaka. Gigih pepagi buta naik LRT, Monorel dan Bus RapidKL di KL Sentral menuju ke TTDI. YES, semangat kegigihan aku memang menakjubkan hahaha. Anugerah Kembara memang selayaknya diberikan kepada aku. Apa yang membuat aku tercengang ialah, pada akhir sesi khursus, aku dianugerahkan sebagai peserta kursus terbaik untuk batch ketika itu (2 orang yang dapat dan aku salah seorang daripadanya). Terkebil-kebil aku ketika itu.

Confident level aku pula memang pada tahap tertinggi hahahaha. Cakap lebih manis dari gula haha.

Pada masa yang sama, Kertas Penyelidikan (Thesis) aku telah memenangi pingat Silver dalam acara yang kalau tak silap aku namanya ialah Invention, Innovation and Design Expo (IIDEX) 2009. Tajuk thesis aku pula ialah Islamic Bond by Using Musyarakah Mutanaqisah. Aku tak hadir pada hari penjurian sebab gigih berkursus katanya. Sampai laaa nie aku tak ambil lagi pingat itu. Agaknya masih tersimpan cantik didalam almari kaca Prof Madya Dr. Maheran. Khabarnya Thesis terbaik untuk batch dan paling tebal pernah dihasilkan hahaha. Kawan wartawan aku yang kata haha.

Alhamdulillah, sebaik sahaja tamat kursus, aku berjaya menempatkan diri bekerja di Celcom Careline di Menara Celcom Jalan Semarak Kuala Lumpur. Aku jaga akaun Postpaid dan memang gigih belajar tentang produk Celcom itu dan ini. Ohh, pada ketika itu produk Blackberry memang paling laku keras. Pada masa itu, kebanyakan orang memang akan rujuk Careline untuk segala jenis masalah. Sangat berbeza dengan zaman sekarang yang telah wujud pelbagai saluran untuk perkara berkaitan – Media Sosial, Web, Mobile Apps, Blue Cube sana sini etc. Zaman aku dulu, orang nak tanya pasal produk pun diorang akan call. Gigih terangkan satu persatu hahaha. Pengsan.

Aku mula bekerja secara rasmi di Celcom Careline pada 17 Jun 2009. Hajat dihati memang nak kerja sampai bila-bila di situ. Sebab macam selesa je kan. Buku nota produk Celcom aku pulak memag tip top lengkap. Pekerja dedikasi katanya haha. Daripada situ, aku telah mampu membeli Motosikal Yamaha Lagenda (2nd hand). Bayar RM150 sebulan ahaks.

Terkesima jap. Aku terpaksa berhenti bekerja bekerja di Celcom Careline pada 05 Mei 2009. Dapat tawaran untuk bekerja di salah sebuah Kementerian di Putrajaya. Alamak, minda aku pada ketika itu memang tak nak kerja gomen. Tapi tak apa. Kita follow je memana

Semasa bekerja di Celcom, secara tidak sengaja aku memang ada menghadiri sesi temuduga. Kawan atas kengkawan camtu haha. Sekadar ingin memenuhi dan menghormati kemahuan kenalan katanya. Bayangkan, tak pernah jejak kaki ke Putrajaya. Gigih naik motosikal ke sana. Pada masa itu, Putrajaya kelihatan bandar terasing. Pembangunan jalan raya dan bangunan kelihatan masih rancak berjalan lagi. Sempat jugalah sesat. Hati kering betul aku ketika itu.

Datang interview pula tanpa sebarang persediaan. Agak selebet, kampung dan tak terurus. Basah sebab hujan. Antara pertanyaan yang ditanya ialah mengenai konsep 1Malaysia. Jujurnya, aku langsung tak tahu apa itu 1Malaysia hahaha. Tak pernah dengar. Aku main belasah je jawap mengenai perpaduan bla bla bla in English. Lepas itu apabila ditanya mengenai isu pertanian, aku pun tak tahu nak jawap apa. Aku belasah je isu harga ayam di pasaran yang tidak stabil. Drama sangat.

Rezeki sungguh. 15 Mei 2009 aku konvo dan 1 July 2009 nya aku start kerja di Putrajaya. Pada ketika itu, aku duduk di Pandan Indah. Jarak Putrajaya dan KL melalui Lebuhraya MEX adalah lebih 42km x 2 mcm tu. Gigih aku naik motosikal tiap hari ulang alik dengan penuh yakin tanpa sebarang perasaan. 1001 pengalaman telah aku lalui di Lebuhraya MEX ini – kemalangan, mata pedih, hujan panas, jalan gelap gelita etc. Motosikal memang aku servis tiap bulan atau suku tahun. Alhamdulillah, berkat doa dan niat suci…segalanya berjalan lancar. Hati memang kena kental bro! hahaha.

Ekonomi memang tak pernah nak stabil. Kontrak perkhidmatan kami semua memang 2 tahun. Tapi oleh kerana kewangan kerajaan tidak mencukupi, kontrak kami telah ditamatkan setahun awal. Namun, untuk kes aku, pihak pentadbir telah menguruskan aku dibawah skim yang lain. Alhamdulillah, bertahan selama beberapa tahun lah juga. Tidak mewah dan tidak susah. Hidup bujang, jadi dengan apa yang ada dapatlah merasa pergi bercuti luar negara juga – Phuket, Hong Kong, China dan Vietnam beberapa kali. Sesedap dan secukup rasa. Aset asas pun sudah mampu dimiliki. Syukur…

Hari ini, aku perasan……kerjaya serta kemahiran aku semakin bertambah dari hari kehari. Satu persatu ilmu baharu aku pelajari daripada rakan-rakan sekerja serta superior. Bahagia bekerja dengan kalian semua. Daripada tingkat 9 ke tingkat 1. Aku banyak belajar mengenai ilmu pentadbiran awam, protokol, asas komunikasi dan perhubungan awam. Cekut sana sini gamaknya. Pada masa yang sama, aku amat baik dengan Bahagian IT. Jadinya, sedikit sebanyak ilmu laman web secara teknikal, media sosial dan pembangunan sistem itu aku pelajari sedikit demi sedikit.

Istana Presiden Vietnam. Mantan PM Najib datang atas urusan rasmi. Perbincangan mengenai isu berkaitan makanan ruji dan nelayan kalau tak silap

Rezeki tuhan memang sudah tertulis agaknya untuk aku kekal disitu pada tempoh masa yang lama. Sana sini aku mohon kerja lain. Tetap tidak berjaya juga. Aku teringin nak kerja di sektor swasta / kewangan sebenarnya.

Akhirnya pada akhir tahun 2013 aku diminta untuk bertugas di aras tertinggi pula – tingkat 17 untuk hal berkaitan media sosial pada awalnya (katanya). Agak sulit dan janggal juga pada awalnya. Penjawatan macam mana pula? Bank dan kemudiannya institusi kredit berkaitan. Tapi ramai pihak membantu samaada secara sukarela atau paksareka (kelihatannya hihi). Disini aku belajar erti rezeki. Walaupun nasi dan lauk pauk sudah berada di depan mulut, belum tentu ia rezeki kita. Begitu juga sebaliknya hahaha. Betapa sibuk dan mencabarnya kerja di tingkat 17 pada ketika itu..

Mantan PM Najib datang Singapore 2 kali untuk hal berkaitan Agrobazaar ini. Kedua-duanya aku bertugas.

Alhamdulillah, walau dimana jua berada aku sentiasa cuba dan berjaya membiasakan diri dengan keadaan sekitar dan budaya yang diamalkan. Rakan taulan banyak membantu samaada secara sedar mahupun tidak sedar. Diakui memang ada banyak cabaran, naum oleh kerana kami bekerja dalam satu kumpulan (beberapa kerat je pun), namun kami boleh deliver tugasan dengan jayanya. Cabaran itu biasa dimana jua. Yang penting niat kami nak bekerja, belajar dan timba seberapa banyak pengalaman sesempat mungkin. Tersangat lebih, memeningkan untuk difikirkan namun puas hati sebab berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

View this post on Instagram

Tidurlah dikk selagi boleh tido ??? #ShangriLa #Singapore

A post shared by MNM (@denniszill) on

Seperti biasa, aku gigih mengambil peluang yang ada belajar itu dan ini. Oleh kerana bidang tugas aku berkaitan komunikasi dan perhubungan awam, aku memang gigih yang teramat gigih belajar ilmu tentang hubungan media, membuat teks ucapan dan siaran media, solutation serta perkara yang berkaitan. Aku melihat, tahun pertama adalah tempoh pembelajaran bagi aku. Manakala tahun kedua adalah tempoh tahap dewa dewi sebab serba serbi sudah mahir hahaha.

View this post on Instagram

1st time datang Labuan. Back to back ????….

A post shared by MNM (@denniszill) on

Tak banyak gambar kenangan diri sendiri yang aku simpan. Kebanyakannya lebih kepada gambar rasmi untuk tujuan media sosial / media konvensional. Gambar orang lain banyak. Tapi gambar sendiri non ado. Agak kurang bersosial secara peribadi di alam maya pada ketika itu. Lebih banyak bersosial mewakili superior dan organisasi. Sampaikan aku kekadang lupa siapa aku sebenarnya haha.

Tapi percayanya, urusan seumpama ini memang mencabar.

Ramai juga pembesar dalam dan luar negara yang pernah aku jumpa. Pengalaman kerja yang lucu, sedih, stress, annoying, sentap dan macam macam lagi. Kalau negative, aku akan set minta cepat-cepat untuk lupakan – delete and empty recycle bin haha.

View this post on Instagram

Waktu santai dan istirehat dari rutinitas seharian.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Pengalaman yang amat bernilai dan sudah tentu aku amat menghargai ilmu ini. Alah, lebih kurang 2 tahun je pun saat duduk di kayangan. Alhamdulillah, aku tidak pernah mendabik dada. Kekal dengan posisi comel walau dimana jua berada. Bekerja seperti insan biasa bak macai-macai yang lain hahaha. Jadinya, aku tidak kekok untuk tidak lagi menyandang jawatan kayangan tersebut. Alhamdullillah, berjaya dan diterima untuk pulang ke sangkar. Itu lebih daripada memadai. Sampai ke hari ini, aku sentiasa ingat dan pandang tinggi mereka-mereka yang banyak membantu secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekitar 9 September 2015 aku mula bekerja secara rasmi di posisi kini. Insyaallah sehingga pencen perancangannya. Alhamdulillah, beban tugasnya jauh lebih ringan berbanding apa yang telah aku alami sebelum ini. Memula agak culture shock juga hahaha. Tapi lelama aku telah berjaya membiasakan diri dengan persekitaran dan budaya kerja disini. Salam kosong perpuluhan empat katanya.

View this post on Instagram

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ???

A post shared by MNM (@denniszill) on

Sehingga kini, aku telah berjaya mempelajari ilmu adobe photoshop dan adobe illustrator. Pada masa yang sama, aku telah belajar cara untuk edit video dengan menggunakan software Power Director. Hajat dihati memang nak guna produk Adobe je. Tapi spesifikasi PC di pejabat masih tidak mencukupi. Insyaallah tahun depan aku akan request untuk upgrade lagi bagi penggunaan Adobe Rush (paling kurang). Doakan…

View this post on Instagram

Ambil gambar dulu…buat kenang-kenangan ??? #2017

A post shared by MNM (@denniszill) on

Ilmu Kalkulus telah pelajari. Ilmu peniagaan pun sudah belajar teori dan praktikal. Ilmu Webmaster (WordPress dan Joomla!) pun tahu. Pengaturcaraan menggunakan Microsoft Visual Basic boleh buat juga. Ilmu media sosial jangan cerita lah. Memang permainan setiap hari termasuk produk Google. Ilmu komunikasi, perhubungan awam dan media memang sudah banyak dipraktikkan. Terasa dewa dewi sangat. Perasaan bosan pun ada juga. Sebab jauh dari sudut hati yang dalam, aku kecewa sebab masih tidak dapat praktis ilmu matematik dan akaun aku. Hampir lupa dan berkarat agaknya sekarang ini.

Laa nie sedang mengasah kreativiti dalam bentuk artwork dan video. Belajar sedikit demi sedikit sebab jiwa aku tidak kreatif. Lebih kepada nak memudahkan urusan kerja content creator harian aku je. Dapat pula jadi Exco kelab. Terpaksa rela belajar lebih mendalam gamaknya. But, its good. Banyak perkara baharu aku belajar. Selama ini buat design untuk media sosial je. Tapi semakin lama aku kena buat – poster, banner, baju, medal, bunting. Saiz itu ini yang kelihatan menarik untuk diketahui hahaha. Kualiti design pun makin lama makin elok lah juga hahahahaha. Alhamdulillah. Masuk bakul angkat sendiri.

Tak sempat nak ambil kursus kemahiran, terdaftar pula sambung belajar Sarjana Komunikasi Korporat di Universiti Putra Malaysia haha. Harap dapat habis dalam masa 2 tahun sahaja. Ouchhhhh go go chiyok!

Meja Kerja Semasa

Insyaallah, doakan aku berjaya tamatkan sesi pembelajaran ini dengan penuh cemerlang. Akhirnya, aku ingin menggenggam Ph.D dan bergelar seorang Doktor Falsafah (Dr.) jua…..katanya.

Fuhhhh…panjang pula karangan aku. Sekadar nak mengimbau kembali kenangan dan mencoretkan sesuatu untuk kemaskini blog yang sudah bersawang. Aku sertakan sekali beberapa keping gambar kenangan yang sepat aku cedok dari sumber-sumber peribadi dan awam. Ceritanya tidak perlu detail sangat. Pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI