Gelojoh – Suami Paksa Isteri Melakukan Hubungan Seks

Gelojoh - Suami Paksa Isteri Melakukan Hubungan Seks

Seorang suami yang seharusya memberikan kasih sayang dan perlindungan kepada pasangannya. Islam memberikan hak kepada suami untuk berseronok dengan isterinya. Namun, pada masa sama Islam juga mengharamkan dan mencela perbuatan suami yang menyakiti isteri.

Menunaikan Kewajipan dan tuntutan batin itu adalah kewajipan bersama suami isteri. Dengan kata lain, suami wajib memenuhi kehendak seksual isteri sebagaimana isteri melakukan kehendak seksual suami.

Rasulullah saw sangat menekankan akan kepentingan suami bersikap lemah lembut dan mengambil berat tentang keperluan isterinya. Ia ada dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammad saw, maksudnya:

Janganlah sesiapa daripada kalian mendatangi isteri sepertimana seekor binatang (yang menerkam mangsanya). Akan tetapi, hendaklah ada perantara antara kedua-duanya. Para sahabat bertanya, ‘Apakah perantara tersebut?’ Jawab Baginda, ‘Ciuman dan gurauan.”

Imam Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin

Oleh yang demikian, Islam mewajibkan suami melakukan perbuatan ‘ringan-ringan’ terlebih dahulu sebelum bersetubuh untuk menaikkan nafsu syahwat isterinya. Misalnya, bercumbuan dan berciuman mesra, bermanda dan bergurau senda serta melakukan belaian manja. Malahan, setelah suami mencapai kemuncak kepuasannya (memancutkan air mani), dianjurkan agar tidak dicabut terlebih dahulu zakar sehinggalah isterinya turut mendapat kenikmatan bersama.

Setelah si suami mencapai keseronokan dirinya, maka hendaklah dia menanti isterinya untuk turut serta mencapai kelazatannya. Si isteri mungkin mengambil masa yang agak lama untuk inzal, maka janganlah dia tergopoh-gapah meninggalkannya sehinggalah isterinya itu turut merasakan kelazatannya.

Sekiranya si suami mengabaikan perkara ini, maka ia akan menyebabkan gelombang hawa nafsu isterinya membuak-buak. Hal seperti inilah yang amat menyeksa diri isteri itu. Perbezaan tabiat inzal ini boleh mencetuskan krisis rumah tangga selama mana si suami sering lebih dahulu inzal. Inzal yang serentak itu lebih menimbulkan kelazatan kepada isteri.”

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin

Para sahabat menanyakan Nabi & tentang cara untuk mereka memperoleh pahala sedekah. Lantas, Nabi menjelaskan pahala sedekah ialah melakukan hubungan dengan pasangan yang halal. Sabda Nabi Muhammad saw, maksudnya:

Dan pada kemaluan seseorang daripada kalian, terdapat pahala sedekah - Hadis Riwayat Muslim

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI