Gambar lama 🙂 Aku seorang yang giler ambil gambar dulu. Time tu aku guna Hp Sony Ericsson ( model apa aku dah lupa ). Memang boleh dikatakan cantik jugak lah gambar yang aku ambil guna Hp nie. Not bad juga bukan?
OMG, aku rindu nak pakai selipar ‘sandle’. Kat mana nak beli selipar camnie sekarang nie ek? Rasa macam dah jarang jumpa plak. Atau aku yang jarang singgah kedai selipar/kasut? hahaha.
Setiap gambar, ada cerita dan kisahnya. OMG, rasa macam semalam je aku ambil gambar tu. Tempat paling selalu aku ambil gambar ialah TOILET hahahaha. Pengsan.
Kemana sahaja aku pergi, pasti aku akan ambil gambar. Memang sifatnya seperti itu. Nak buat macam mana kan?
Kalau Shahrizal nampak gambar nie mesti dia syahdu semacam. Pakcik tu kan melankolik sokmo. Pengsan nak layan hahaha.
Dapat jugak gambar bilik sewa lama + komputer Shahrizal. Pakcik tu dulu dok berkaraoke kuat2 kat bilik. Komputer yang menyimpan 1001 jenis lagu lama. Pengsan. Agak agak nak suruh aku tidur cepat, dia mesti akan pasang lagu lagu jiwang. Rasanya dah macam radio suria FM gamaknya. hahaha.
Emmm, agak agak muka still sama seperti dulu atau tak? Nampak agak berisi sedikit now kan? Sedih. haha.
Apa pengajaran yang aku dapat daripada gambar gambar ni? Mengajar aku agar menjadi orang yang sentiasa menghargai ‘waktu’. Semakin hari, aku akan menjauhi ‘saat-saat’ itu. Jadi, hargai dan syukuri apa yang ada sekarang. Thanks for giving – for everything and anything.
Sentiasa memperbaiki diri.