Cosrx Low ph Good Morning Cleanser Review Malaysia

Sekitar 2 bulan jugalah aku sudah guna produk jenama Cosrx ini. Sebelum ini aku hanay guna essence daripada jenama yang sama. Kelihatan bagus. Sebab itulah aku terasa ingin mencuba jenis cleanser juga.

Pada masa yang sama, dok tengok review positif dan bilangan pembelian yang beribu-ribu di Shopee dan Lazada. Wondering, kenapa popular sangat. Semangat ingin tahu dan mencuba terus mencanak-canak naik.

Harga Cosrx low ph good morning gel cleanser ini murah je. Sekitar RM25 (bergantung kepada si penjual). Boleh didapati juga di Watson rupanya. Aku beli di Shopee. Tak tahu pula, Watson sekarang turt menjual produk-produk popular Korea. Hahahhaa nampak sangat jarang singgah. Lebih banyak membeli secara online sejak COVID-19 ini.

Cleanser ini berbentuk gel berisipadu 150ml. Ermmm, boleh bertahan sekitar 3 hingga 4 bulan (mengikut penggunaan). Pertama kali pakai, aku rasa tak berasa selesa sebab bau herba yang agak kuat (bagi aku). Which, im not comfortable. Sebab sebelumnya aku guna produk seumpama yang tidak berbau hihi.

Sesuai dengan namanya, produk ini dicanangkan mempunyai ph yang optimal (low ph). Diperbuat daripada bahan botani (herba) asli yang membantu menyegarkan serta melembutkan kulit tanpa membuatkan kulit terasa kering.

Cosrx Low ph Good Morning Gel Cleanser Ingredients

Water, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Lauroyl Methyl Isethionate, Polysorbate 20, Styrax Japonicus Branch/Fruit/Leaf Extract, Butylene Glycol, Saccharomyces Ferment, Cryptomeria Japonica Leaf Extract, Nelumbo Nucifera Leaf Extract, Pinus Palustris Leaf Extract, Ulmus Davidiana Root Extract, Oenothera Biennis (Evening Primrose) Flower Extract, Pueraria Lobata Root Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Allantoin, Caprylyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Betaine Salicylate, Citric Acid, Ethyl Hexanediol, 1,2-Hexanediol, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Sodium Benzoate, Disodium EDTA.

Bahan Utama

Minyak Tea Tree: Menjaga liang pori dengan sifat antibakteria
Beta Hydroxy Acid: Melarutkan kulit dan sebum mati yang membuatkan liang tersumbat.
Minyak Primrose: Melembutkan, menghidrat, dan menyuburkan kulit

Gunakan gel pada kuantiti yang dikehendaki. Macam aku, suka bubuh sedikit banyak. Sebab sewaktu dioles, ia akan mengeluarkan buih yang menyegarkan. Pada awalnya, aku tak berapa suka. Tapi, lama kelamaan jadi seronok pula hahaha. Sebab itu cepat habis. Matilah…

Produk jenama Cosrx ini memang bagus. No wonder popular dan mendapat review positif di alam maya. I like it. Start to falling love. Sekian, serba sedikit pengalaman aku sepanjang menggunakan Cosrx Low ph Good Morning Gel Cleanser.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *