PARIS AMSTERDAM LONDON

Buat kenang kenangan

A post shared by MNM (@denniszill) on


Kita rangkumkan disini cerita perjalanan aku di Paris, Amsterdam dan London. Banyak benda aku belajar dalam siri perjalanan kali ini. Ber backpacker je pun. Semua berjalan dengan lancar dan memang menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya

A post shared by MNM (@denniszill) on


PARIS

  • Kat sini memang romantik dan cantik. Bangunan diorang unik dan penuh dengan nilai estetika. Kalau ambil gambar bla bla memang cantik.
  • Orang kat sini cantik dan hensem. Pandai bergaya dan mempunyai rupa paras semulajadi yang menarik. Cair tengok.
  • Orang kata sini kotor. Ya memang betul. Agak kotor dan hancing. Bau air kencing dimana-mana sahaja. Agaknya kat sini diorang tak kawal atau memang bebas je kot
  • Banyak sangat orang negara ketiga/peminta sedekah/penjual haram. Rimas kalau pergi ke mana-mana tempat pelancongan. ada je orang yang menjual barangan cenderahati secara haram. Takut tengok sebab ada yang kelihatan memaksa. Aku sendiri pun kene. Diorang paksa-paksa aku reramai. Sentap
  • Keselamatan barangan kene jaga betul-betul. Memang betul lah orang kat sini pakar menyelok saku/mencuri. Kami kene. Sebab beg kami pun disambarnya. Kami pun terjumpa dengan Malaysian yang menghadapi masalah yang sama. Nasib baik tiada barangan berharga/sangat penting dalam tu.
  • Orang sini sangat takjub dengan seni. Sana sini ada je pameran/pertunjukan kesenian.
  • Ada orang kata orang sini kat mesra. Aku tengok OK je. Mungkin culture diorang memang macam tu. Memek muka. So far tiada masalah. Pertuturan bahasa pun sopan dan lembut. Cair mendengarnya ahaks
  • Jarang-jarang lihat orang bermain hp/ anti sosial. Kedai gajet pun susah nak jumpa. Iklan-iklan gajet pun rasa macam tak nampak.

A post shared by MNM (@denniszill) on


AMSTERDAM

  • Kat sini ada ramai Indonesian. Mungkin sebab diorang pernah kene jajah dengan Belanda, jadi hubungan tu masih rapat. Macam Malaysia dengan British juga ler.
  • Orang sini lebih fasih / jelas intonasi bahasa Inggerisnya. Katanya diorang pun diterapkan dengan ajaran bahasa Inggeris.
  • Kat sini diorang pun macam kat Malaysia. Kedai gajet kat mana-mana.
  • Kat sini Ganja dan pelacuran sah dari segi undang-undang katanya. Kalau nak isap ganja, boleh je pergi ke mana-mana kedai kopi.
  • Kedai makanan segera mcm KFC/McDonalds dan Starbucks pun byk kat sini.
  • Kat sini pengangkutan utama diorang adalah basikal. No wonder majoritinya kurus dan cantik belaka.
  • Orang Islam pun nampak ramai kat sini. Siap ada yang bekerja di kedai/shopping mall.
  • Banyak jual minyak wangi. Longgok-longgok gitew.

A post shared by MNM (@denniszill) on

LONDON

  • Keselamatan kat sini agak ketat. Tapi kene positif sebab ketat kat pintu masuk negara je. Lepas tu segala-galanya terasa selesa tanpa gangguan.
  • Makanan halal senang nak dapat. Tapi, oleh kerana kami duduk menyewa rumah, jadi tak merasa makan luar sangat kecuali KFC je. Masak kat rumah je. Barangan basah beli kat pasar. Nyum nyum
  • Kos hidup/harga barangan serba serbi lebih mahal berbanding negara eropah yang lain. Biasalah, matawang GBP kan lebih tinggi
  • Ramai orang Malaysia kat sini. Orang kat sini pun ramah dan mesra pelancong. Muslim pun ramai. Kehidupan harmoni dikalangan pelbagai bangsa, budaya dan agama kat sini.
  • Sama macam negara eropah yang lain, kat sini pengangkutan awamnya sangat banyak dan effisien. Google je…segalanya ada di hujung jari. Memang mudah nak kemana-mana.

Secara keseluruhnnya (pada ketika ini), aku dah berjaya hasilkan 66 post dalam blog mykeledek ini. Kat dalam Instagram pun melambak aku update gambar sepanjang masa tatkala disana. Sengaja simpan dan load kat sana. Senang. Sebab kalau nak load dalam blog, terasa beratlah pula nanti. Jadi, aku tarik je gambar disana masuk dalam blog. Jadi, blog tak lah berat sangat.

Sebelum bertolak #mnm #mykeledek

A post shared by MNM (@denniszill) on

Cuci Mata Di Galeries Lafayette Paris

Kata orang, kalau ke Paris, datang lah ke Galeries Lafayette un tuk membeli barangan mereka. Murah-murah belaka. Konsep Sogo kalau di Malaysia. Tapi kat sini barangannya branded yang amat. Main campak-campak je diorang hahahahaha.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Syurga untuk wanita je lah. Sebab time kami datang tu cuti tahun baru cina, jadi kelihatannya ramai warga cina yang datang dan berada dimana-mana. Meriah mereka membeli barangan. Makcik-makcik kaya raya.

Barangan lelaki? Not so impresss sangat lah. Sebab kami pun backpack je dan merancang untuk membeli belah di London sahaja. Pada masa sama, kami nak ke Amsterdam dulu. Jadi, satu hal plak nanti nak mengangkut. Sadis tak?

A photo posted by MNM (@denniszill) on


Tapi serious, memang murah dan berbaloi kalau nak membeli barangan mewah disini.

Bergambar Sakan di Louvre Museum Paris

Sedih dikkkk sebab tak dapat masuk ke dalam museum Louvre Paris. Rupanya mereka tutup pada hari selasa. Pengsan. 

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Salah percaturan hari kaedahnya hihi.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

A video posted by MNM (@denniszill) on

Nak masuk murah je pun. Sekitar berapa ringgit je. Tapi tu lah…tak ada rezeki nak masuk sana kan. Sabar je lah.

Jadi, apa yang kami lakukan adalah bergambar sakan di sekitar Louvre Museum ini. Agak ramai juga orang yang senasib dengan kami. Masing masing bergambar sakan.

Ini kalau buka rasanya penuh semangkuk dengan manusia agaknya. Yelah… rasanya inilah muzium paling popular di dunia. Rasanya antara yang terbesar juga. Bayangkan ada 35K koleksi yang tersimpan disini. Haruslah aku admire nak tengok kannn.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Tapi apakan daya, tak ada rezeki. Mungkin lain kali siapa tahu adalah rezekinya tu. Insyaallah

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Singgah di Moulin Rouge Paris

Moulin Rouge nie tempat pelacuran rasanya. Popular sebab ada filem mengenainya suatu ketika dahulu. Alang alang datang jejauh kan, kita singgah tengok ler tempatnya macam mana.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Hanya perlu naik train dan berhenti di station blanche. Naik je tangga terus jumpa. Tersergam merah menyala kat tepi jalan.

Kalau ikutkan memang itu je lah keadaanya pada belah siang. Agaknya mesti tempat ini meriah pada malam hari. 

Gengok keadaan kiri kanan dan orang yang ada macam semacam je kelihatannya. Jadi, apa lagi…ambil gambar kenangan dan terus pulang hihi.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Hardrock Cafe Paris

Menyinggahlah juga membeli baju hardrock cafe paris. Terserempak jua dengan orang Malaysia kat sini.

Orang Malaysia je ke yang suka beli barangan hardrock ni? Sebab sana sini aku pergi.. memang akan terserempak haha.

Beli ler sehelai…

A photo posted by MNM (@denniszill) on


Agak sunyi juga nak menapak dari station metro xxxx menuju ke Hardrock cafe. Tak ingat lah. Sebab guna Google Maps je kan

Agaknya mereka sengaja sebab konsep pub/bar dan disko kan. Kasi asing jauh-jauh dari kawasan kediaman or what so ever. Konsep yang jauh berbeza dengan tempat lain. Menapak jugaklah nampak gayanya.

Masjid Terbesar di Paris

Gereja sudah pergi… tak kan lah masjid tak nak pergi kan. Boleh bersedekah dan menunaikan solat disini serta apa apa yang seangkatan dengannya. 

Masjid terbesar disini

A video posted by MNM (@denniszill) on

Nampak memang besar dan penuh pengisian disini. Sebab ada pihak pengurusannya sendiri. 
Kedudukan masjid ini agak jauh dari pusat bandar Paris. Naik metro, perlu berhenti di station xxxx. Jalan kaki sikit je dah nampak dari jauh. 

Zaman sekarang ni pakai wase atau google maps je. Lebih lebih lagi di eropah. Memang tak akan sesat. Sebab google akan tunjuk satu persatu. Sangat detail perinciannya.

Sbg tanda dunia….aku dah sampai sini hihi

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Tatkala kami sampai sudah masuk waktu asar. Lepas solat asar tu mereka bertadarus alquran ramai ramai. Tak pasti mereka ini mazhab apa. Bacaan laju dan hafal al quran kelihatannya. 

Hotel De Ville Paris

Kene datang ke sini dikk sebab pemandangan bangunannya cantik belaka. Katanya disinilah terletaknya bangunan dewan bandaraya paris.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Nampak gah dan penuh sejarah dikkk bangunannya. Besar gedabak dan berseni. Ini kalau kat Malaysia, agaknya dah dirobohkan kot hahaha. Mesti ada je yang gatal tangan nak renovate sana sini. Joke.

Katanya bangunan 'DBKL Paris' ???

A video posted by MNM (@denniszill) on

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Kat area sini pun ada deretan shopping mall. Memang murah dikkkkk. Sangat murah berbanding harga di Malaysia. Nak kata tak original.. tak juga sebab mereka memang pengguna tegar barangan original. Mana ada produk tiruan kat eropah.

Produk berjenama tapi murah. Kat sini mereka jual kat tempat biasa biasa je. Tapi kalau kat Malaysia, mereka jual secara ekslusif untuk menampakkan mahalnya tu. Pengsan.
Tapi kami tak boleh membeli sebab konsep kami adalah backpack dan satu hal pula nak mengangkut sana sini. Kita beli di London je nanti k.

Le BHV / Marais. Murah katanya

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Tapi serious, kalau pergi sini..sila beli apa2 yang nampak murah. Ia memang murah berbanding tempat lain.

Makanan Halal di Paris

Makanan halal kat mana dikk? Boleh pergi ke mana-mana untuk makanan India Utara atau untuk makanan Pakistan/Arab/Turki.

A photo posted by MNM (@denniszill) on


Macam kat La Chapelle pun banyak makanan halal kat kiri kanan jalan. Tapi aku secara peribadi tidak galakkan korang ke sana. Sebab aku rasa macam tak selamat. Sebab apa? Beg kami telah dicuri di kawasan ini. Dalam restoran yang ada CCTV sana sini. Confident tak mereka? Jadi, moral of the story…jangan pergi ke kawasan hitam ini. Orang kat restoran tempat kami makan itu sendiri kata tidak selamat. Katanya kalau buat report polis, ambil masa 2 jam untuk selesaikan. Pengsan. Kami tak buat sebab pada ketika itu kami nak cepat untuk kejar bus ke Amsterdam pula.

Lagipun kat kawasan La Chapelle nie banyak orang negara ketiga yang melepak sana sini. Kesilapan kami disitu. Oh ya, kami pun ada jumpa warga Malaysia yang kene pick pocket di public transport. Licik2 belaka mendengar cerita daripada mangsa hahahaha.

OK, back to the story, kat area lain pun ada. Tapi kene cari sendiri lah dikk. Harga pun nampak gaya macam lebih kurang. Macam kebab kat mana mana harganya Euro6,50 = 6.5 x 4.6 = MYR XX.

Bezanya cuma rasa dan presentation je pun. Alhamdulillah tak ada masalah mencari makanan halal kat sini.

Kan ramai orang islam dari asia selatan dan arab yang berhijrah/bekerja di eropah.

Macam kat area tempat kami tinggal tu kawasan kediaman penduduk perancis. Tapi ada juga kedai kebab milik orang turki. Harga pun lebih kurang sama. Saiz hidangan mereka besar. Jadi order 1 sahaja boleh kenyang untuk makan 2 orang.